MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Friday, January 14, 2011

LIFE MUST GO ON...


Salam semua... Sudah berbulan lamanya blog ini ditinggalkan.. Dan boleh jadi ada yang sudah lupa dengan kehadirannya di alam maya ini.. Mungkin disebabkan dugaan yang melanda membuatkan aku 'enggan' menulis lagi di sini.. Pada 7 sept 2010 aku disahkan missed misccarriaged.. Full stop!!
Maafkan diri ini, aku enggan mengulas lebih panjang tentang kenangan pahit itu.. Aku tak mahu luka lama kan membuat hatiku robek semula.. Dalam kesedihan, ku cuba kutip sisa2 kegembiraan yang tinggal, untuk orang2 yang aku sayang.. Ye aku harus berdiri semula, menerima Qada' dan Qadar yang telah ditentukan OlehNYA.. Life must go on..
Sekurang2nya aku sudah ada 2 orang buah hati sebagai peneman.. Disamping itu aku tak kan berputus asa.. Berdoa, berusaha dan bertawakal. Insyaallah pasti kan ada rezeki ku di lain hari...

Saturday, July 31, 2010

FINALLY... IM BACK!!!



salam semua... kalau kata tak rindu.. memanglah aku tipu hik..hik..hik.. sebab aku memang rindu sangat kat blog yang dah lama bersawang2 neh..walaupun sebenarnya dah beberapa kali cuba ku update.. tapi hanya sekerat jalan.. sebabnya bila nak publish je entry tiba2 keluar error pulak.. ho...ho.. sungguh menspoilkan mood ku untuk meneruskannya.. tapi kali ni aku nekad untuk terus cuba mempublishkan entry ku ini.. dan nampaknya ia telah berhasil.. muahhahahha..(ku katakan berhasil sebab kalian dapat membaca entry ni kan??hehehehhe)


sepanjang aku berdiam diri dari dunia blog, actually banyak perkara yang nak ku kongsikan.... heeee banyak sangatlah.. tapi macam tidak kesampaian je.. mungkin sebab masa yang tidak mengizinkan.. kui..kui..kui..(erk walaupun alasan sebenar ialah.." aku malas.." muahahha.) tapi aku rasa terharu sangat walaupun blog ini dah macam gua tinggal.. masih ada yang sudi memfollow.. huk..huk..huk.. terima kasih yang tak terhingga buat kalian yang sudi menjadi follower ye.. 


akhir2 ini aku tidak berapa sihat.. asyik terlantar di atas katil.. jangan terkejut ye semua kerana merahsiakan dari kalian.. aku sebenarnya sakit terkena buatan orang.. dan orang itu pula adalah en suami ku sendiri... ekekkeke... yes... double D will become triple D.. im a preggy mommy now!!! itulah yang aku dan suami harap2kan.. orang baru dalam keluarga kami.. yang paling best.. ianya percubaan pertama kami setelah membuka iud.. alhamdulillah.. syukur yang tak terhingga.. memang kalau boleh kami mengharapkan seorang heroin untuk menjadi penyeri di dalam keluarga ini.. tapi andai kata sebaliknya kami tetap rasa bersyukur dan menerima dengan redha..


doakan agar aku dipermudahkan sepanjang kehamilan kali ini ye.. doa2 dari kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..

;;