MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 31, 2009

HAPPY NEW YEAR 2010...

Happy New Year 2010 Comments and Graphics for MySpace, Tagged, Facebook

lately aku busy sikit.. banyak kerja nak kena settle sampai nak update blog pun cam tak sempat.. tapi walau macam mana bz pun aku tetap nak luangkan masa untuk ucapkan HAPPY NEW YEAR 2010.. kepada semua buddy bloggers ku.. semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan membawa keberkatan kepada kita semua...


Sunday, December 27, 2009


APAKAH PERTOLONGAN CEMAS?
pertolongan cemas bermaksud pertolongan yang diberikan untuk membantu orang yang dalam kecemasan. ia adalah langkah awal rawatan orang yang tercedera, sementara mendapat rawatan yang lebih sempurna daripada doktor. ia dilakukan dengan serta merta tanpa peralatan yang lengkap. setiap orang harus tahu mengendalikannya. bantuan yang kita berikan ini mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan.terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memberikan pertolongan cemas. tiap2 satu cara ini bergantung kepada keadaan kecederaan yang berlaku.

LUKA;
sekiranya si pesakit mendapat luka ringan sahaja, kita hendaklah membalut bahagian yang luka itu. gunakanlah kain yang sesuai dan dan bersih.balutan ini adalah untuk menahan darah daripada terus keluar melalui bahagian yang luka. jika terdapat kekotoran pada luka itu, kita hendaklah membersihkannya. tekan bahagian yang berdarah dengan ibu jari atau dengan telapak tangan anda.
kadangkala, jika luka itu melibatkan salur nadi, darah akan keluar dengan banyaknya. cara yang baik untuk mengelakkan pendarahan ini ialah dengan menekan kuat pada bahagian yang berdarah. selain daripada itu, kita boleh menggunakan pembalut yang bersih dan sesuai.
jika pesakit itu barasa sakit apabila digerakkan, janganlah digerakkan. dia mungkin mengalami patah tulang.

KULIT MELECUR;
jika salah satu bahagian anggota kita melecur disebabkan oleh benda2 panas, demahkan atau sejukkannnya dengan air sejuk atau dengan ais pada tempat yang terkena api itu bagi menghilang kan kesakitan. balut dengan menggunakan kain pembalut yang bersih.
jika bahagian yang melecur itu teruk kerana terkena api, cecair yang panas, atau besi panas biarkan beberapa ketika. jika terdapat kain atau pakaian yang terlekat biarkan pakaian atau kain itu pada bahagian yang melecur. elakkan daripada terdedah kepada udara dengan membalutnya secara longgar pada tempat yang tercedera. jangan sapu dengan sebarang minyak atau ubat. sekiranya mangsa itu sedar, berikan sebanyak mungkin air untuk diminum. bawa pesakit itu ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

KEJUTAN ELEKTRIK;
jika terkena kejutan elektrik, jangan terus memegang mangsa tersebut. kita hendaklah memastikan bahawa suis elektrik itu ditutup terlebih dahulu. alihkan mangsa itu dengan menggunakan bahan penebat seperti plastik atau kayu yang kering. baringkan si mangsa dan selimutkan badannya. beri ruang udara kepadanya. sekiranya dia sedar, beri minum air suam kepadanya.

PATAH ATAU TERGELIAT;
jika anggota badan kita tergeliat atau patah, kawasan yang terseliuh akan kelihatan bengkak. selepas itu ia akan sakit apabila digerakkan. keadaan seperti ini memerlukan pengendalian orang yang mahir. jangan gerakkan pesakit kecuali jika dia perlu dibawa ke tempat yang lebih selamat, kaki dan tangan nya mesti disokong pada badannya secara mengikat dengan kain yang sesuai.
jika tangan atau kakinya yang terseliuh atau patah, gunakan anduh untuk mengampu bahagian yang cedera itu. bawakan pesakit ke klinik dengan seberapa segera untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

KEADAAN TERKEJUT;
keadaan terkejut tidak serupa dengan pengsan. biasanya keadaan yang sakit dan kehilangan darah boleh menyebabkan keadaan terkejut. apabila kita dalam keadaan terkejut, muka kita akan menjadi pucat dan badan kita sejuk. denyut nadi kita menjadi cepat. gerak pernafasan kita menjadi pantas. pada masa ini kita mungkin sedar atau hampir tidak sedar. kejadian yang kuat boleh menyebabkan maut.
langkah2 mengurangkan kejutan=
-baringkan mangsa dgn kakinya lebih tinggi daripada kepalanya.
-selimutkan mangsa itu. pastikan mangsa berada dalam keadaan suam atau tidak terlalu panas.
-kalau mangsa itu pulih, bolehlah diberi sedikit minuman seperti jus oren atau air garam.
-bawa mangsa ke hospital yang berdekatan dengan segera untuk rawatan selanjutnya.

RACUN;
sekiranya mangsa terminum racun, kita hendaklah mencairkan racun tersebut dengan memberikan sus untuk diminum. buatkan magsa muntah dengan memasukkan jari ke dalam kerongkongnya. halakn kepalanya kebawah sekiranya dia mula muntah . kita perlu membawa bersama contoh racun bagi pemeriksaan doktor yang merawatnya.



Wednesday, December 23, 2009

korang pernah dengar tak nama2 permainan seperti galah panjang, baling selipar atau ada juga yang panggil selipar tiga, patuk ayam dan macam2 lagilah.. zaman moden masa sekarang tak tau lagi ada tak budak2 yang main game ni semua.. dulu aku masa budak2 itulah permainan yang selalu aku main dengan kawan2.. best sangat. selagi mak aku tak menjerit suruh balik.. selagi tu aku takkan balik.. ekekkeke..
last week aku balik kampung kat segamat.. hu..hu.. lama dah tak balik, raya haji yang lepas pun aku tak dapat balik coz kakak ku yang sakit masih ditahan diward.. balik hari tu syok je tengok sepupuku main baling selipar dan galah panjang.. jangan tak tau sepupuku semua kecik2 lagi.. maklumlah mak ku anak yang sulong.. bila tengok diorang main.. rasa macam nak join pula.. dah la aku tengah boring yang teramat sangat masa tu.. dengan tak sedar diri yang anak dah dua.. aku pun join le.. wakakkakkaa.. nasib baik sedara mara semua tahu yang aku ni brutal.. lepas gian aku dapat main baling selipar dan galah panjang tu.

actually baling selipar ni satu game dimana pemain akan dibahagi kepada 2 kumpulan. kumpulan A haruslah mendirikan selipar2 yang bergelimpangan. dalam masa yang sama kumpulan B akan cuba membaling kumpulan A dengan menggunakan satu selipar maut.. siapa yang terkena selipar maut tu consider mati, tapi jika kumpulan A sempat mendirikan selipar2 tersebut tanpa terkena selipar maut.. kira kumpulan itu mendapat 1 markah..


BALING SELIPAR


galah panjang pula satu permainan dimana kumpulan A harus melepasi halangan2 yang terdiri dari kumpulan B.. siapa yang dapat melepas halangan tersebut dikira pemenang..


GALAH PANJANG

macam mana pula dengan korang masa kecik2 dulu.. apa permainan yang selalu pula korang main? meh habaq mai sikit....





Monday, December 21, 2009


virus.. adalah sesuatu yang paling aku dan kebanyakan orang tak suka.. tak kisahlah di alam nyata atau di alam maya kan.. entry kali ni aku nak share tentang langkah2 yang perlu diambil bila lap top atau pc kesayangan anda dijangkita VIRUS..

1)first of all korang mesti kena tau symptom2 bila lappy telah dijangkiti virus (termasuklah trojan, spyware, malware dan kaum kerabatnya):

– Ada notis dari antivirus, komputer anda telah dijangkiti virus (penting untuk ada perisian antivirus dan sentiasa diupdate)
– Wujud fail2 baru yang anda tak pernah lihat sebelum ini.
– Thumb drive anda tak boleh klik 2 kali untuk buka. Perlu klik kanan untuk buka.
– Komputer menjadi makin lambat.
– Dan macam2 lagi.

2)cara2 nak bersihkan virus2 ni secara amnya:

– Catat nama virus (secara tepat) dari notis antivirus anda. Susah untuk selesaikan masalah ini jika tak tahu nama virus. Kalau wujud fail baru, ambil nama fail tu beserta extension failnya sama ada .exe, .dll, .vb dan lain2
– Buka search engine Google atau Yahoo, dan paste nama virus atau nama fail di kotak search. Selalunya, akan ada penyelesaian untuk virus tu, sama ada di forum atau website antivirus. Jika bernasib baik, akan ada removal tool nya sekali. Boleh juga nak reword search dengan tambah perkataan “removal” untuk dapatkan hasil carian yang lebih baik.
– Buka beberapa cara penyelesaian tersebut dan bandingkan. Ambil penyelesaian yang paling dekat dengan masalah yang dihadapi dan anda faham apa yang perlu dibuat (paling penting sekali). Kelebihan jika memahami bahasa inggeris. Jika tak berapa faham keyword yang digunakan, cari maknanya di Google.
– Cetak penyelesaiannya dan cuba ikuti langkah demi langkah. Jika ada nota beramaran, ambil perhatian apa amarannya, dan jangan lakukannya.

Penyelesaian ini secara amnya, mungkin dapat (mungkin tidak) menyelesaikan masalah yang anda hadapi, bergantung kepada kes. Yang penting, rawat secara cepat sebelum lebih teruk komputer anda di’kerjakan’. Jika telah teruk, ambil apa yang terjadi sebagai pengajaran untuk masa depan. Manusia kan sentiasa lebih ingat pada kesilapannya.

Sebenarnya, paling penting adalah mencegah daripada mengubati. Paling baik adalah elakkan perkara2 di bawah ini

– Melawati laman2 web yang diragukan (faham2 sendiri lah)
– Mencari cheat code games melainkan anda tahu caranya (di mana sumber yang sah)
– Menggunakan MiRC, Kazaa, Limewire, etc

Jika nak buat juga No 2 dan 3, pastikan ada antivirus yang bagus dan sentiasa diupdate . Kemudian,wajib pasang firewall yang bagus.

source;waidaKmy.com


Wednesday, December 16, 2009




award ni sebagai ucapan terima kasih buat SEMUA yang sudi singgah di blog ku yang humble ni .. untuk terima award ni simple sahaja.. tuliskan 5 fakta tentang pemberi award.. 5 fakta tentang penerima award.. diakhiri dengan serangkap pantun yang korang cipta sendiri.. lepas tu suka hati korang le nak bagi award ni kat siapa ye.. sudilah2 collect award ni dan paste kat sidebar korang.. astalavista babe.. mmmuuuaaahhhh...

bunga teratai di atas meja,
meja dialas sungguh sempurna,
andai ada terguris rasa,
ampun dan maaf khilaf yang ada....


Saturday, December 12, 2009

lama tak dapat tag... kali ni dapat tag from my buddy blogger iaitu mama kepada si comel KIRA.. siapa lagi kalau bukan WINA.. ok baby.. lets go for the answer;



1-FIRST TIME JUMPA YOUR HUBBY BILA AND KAT MANA?
year 2003.. pure bar..

2-LOVE AT FIRST SIGHT?
yup.. of course..

3-WHO IS HE WHEN THE FIRST TIME U MET HIM?
attractor..

4-HOW LONG IT TAKES FOR HIM TO ASK U OUT FOR A DATE?
3 days... wakkakka..

5-FIRST PLACE DATING DI?
genting highlands(sama ngan wina ekekek)

6-HOW HE PROPOSED?
via sms.. he..he..he.. berbaloi baloi..

7-SPECIAL DATE WITH UR HUBBY?
12 nov 2004..the moment we've been together..

8-CHANGES THAT HE ASKED YOU TO DO?
once.. dont wear too sexy.. muahahhaha..

9-WHAT IS ABOUT HIM THAT U LOVE SO MUCH?
banyak.. tak cukup space nak listkan.. ekkeke..

10-WHAT IS ABOUT HIM THAT U WISH HE WOULD CHANGE?
hope he will not easily to forget something..

11-YOU WILL LOSE YOUR MIND N CRACK YOUR HEAD WHEN HE?
not calling me more than 4 hours.. hu..hu..hu..

12-YOU WILL SMILE TRU YOUR EYES FOR THE WHOLE DAY WHEN HE?
not forget our special days..

13COMPLETE BELOW SENTENCES 'MY LOVE TOWARDS MY HUBBY IS BIG AS...'?
as.... should i tell u? wakakkaka..

nak panjangkan tag ni kepada..
SIS FISA
SIS SYA
ROSMA
HAJARUS
SYAHADAH
LANA
ENA
FIZA
AINAZLIENA

Thursday, December 10, 2009


my sis,daniey, balqis(anak tunggal kakakku) dan daniesh..
di rumahnya..


my sis and daniesh..

alhamdulillah.. berkat doa dari semua.. kakak ku telah discharged dari hospital pada hari selasa yang lepas..happy bila tengok dia dah sihat seperti sedia kala, walau memorynya tidak seperti dulu lagi.. kakak langsung tak boleh mengingati apa yang telah berlaku.. dan seakan tak percaya yg dia pernah di masukkan ke hospital dan ditahan di icu.. kakak juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan rasa sungguh terharu kepada semua yang telah mendoakan kesembuhannya.. walau tidak pernah mengenali antara satu sama lain.. tak lupa ucapan salam dari sis untuk semua.. budi baik kalian tuhan saja yg dapat membalasnya..

Wednesday, December 9, 2009



tadi gi jalan2 kat blog kawan2.. sekali ternampak pula contest ni.. teringat kat dalam simpanan ada gambar anak ku daniesh tengah menangis.. so apa lagi saja je nak participate contest yang dibuat oleh MUMMY ARIQ ni..
jom kita tengok kepada syarat2 penyertaan;

Antara syarat2 contest :

~ Copy banner kat atas ni, letak kat sidebar korang berserta link contest. Tak de link automatik tak layak k...

~ Jadi follower kepada ke-3² blog saya di bawah (WAJIB)
1) http://deazliyanish.blogspot.com/
2) http://dorbrooch.blogspot.com/
3) http://lolastation.blogspot.com/

~ Add kesemua blog di atas, di dalam bloglist anda (WAJIB)

~ Buat n3 & upload HANYA SEKEPING gambar anak anda (no edit²) yang tengah menangis baik punyer.... Letak nama dan umur (kalau anak ada ramai yang nangis, pilih 1 yang terbaik di kalangan mereka yer... letak bebanyak nanti, payah lak nak pilih..)

~ Cerita lah sikit, kenapa diaorang leh nangis masa tuh...


Setelah syarat kat atas ni complete, sila laa tinggalkan link korang supaya senang saya nak menjenguk k)

Tarikh tutup contest : 04 Jan 2010 @ 12.00 tengahari



~MUHAMMAD DANIESH CHIA BIN MUHAMMAD DANIEL CHIA~
~3 TAHUN~
GAMBAR NI DIAMBIL SEMASA SESSI PHOTOGRAPHY KU DENGAN ZAZA.. DANIESH MENANGIS COZ TAKUT DENGAN WATER FALL BUATAN YANG ADA KAT SWIMMING POOL TU.. MAKLUMLAH, TAKUT AIR.. HE..HE..HE..






Tuesday, December 8, 2009

IKHLAS..

salam semua.. aku tertarik nak berkongsi sesuatu dengan korang semua.. apabila membacanya.. buatku terfikir sejenak.. artikel ni aku amik dari blog adikku BRO EPI .. jom kita baca..;

Ikhlas adalah yg ke-2 paling tinggi selepas iman..Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya..Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak..

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka..Mereka merasa tidak selamat,rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas..

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas..
Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas,secara automatik,ikhlasnya tidak dikira..

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah,saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak..

“Saya tolong awak ini ikhlas,tapi sedih,awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

“Yang ikhlas”

“Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah..Siapa yang mengaku ikhlas,siang-siang lagi tidak dikira..Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun tuan punya badan..Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas,Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima ALLAH..

Erti Ikhlas
Murni,bersih,jenis dia sahaja,tidak bercampur jenis-jenis yang lain..Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun,tepung,sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain,sudah tidak khalis lagi(tidak pure)..

Begitulah dalam beramal,solat,zakat,baca Quran,mengajar,berdakwah,menolong,motivasi,forum,ceramah,belajar,semata-mata kerana ALLAH:

1. kerana suruhan-Nya
2. kerana keredhaan-Nya
3. kerana arahan-Nya
4. kerana mentaati-Nya
5. kerana patuh pada-Nya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu,tujuan satu,dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH..Abdikan diri kerana ALLAH,tidak dicampur atau bercampur selain ALLAH – itulah ikhlas – dorongannya satu..Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi,tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana ALLAH..

Sekiranya niat,dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari ALLAH seperti kerana riak,megah,glamor,pangkat,orang minta,takut orang tidak suka,mental exercise,boring tinggal di rumah,undi,uji kemampuan,hendak berlawan,hendakkan piala,hadiah,kerana kawan – maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda..Dengan itu boleh jatuh syirik khafi..

Di akhirat nanti ALLAH menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya..ALLAH tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana ALLAH”..

Untuk ikhlas,sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah,mengajar, gotong-royong,baca Al-Quran di depan orang,forum,upacara memberi hadiah – lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar..Jarang diambil kira,selalunya ramai yang terjebak..

Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular,disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati..Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur..

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah,Sebelum memberi ceramah,hati kecilnya berkata:

“Inilah masanya nak jadi popular”

“Aku akan jadi terkenal…”

“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah,akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air..

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah,ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:

“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak,berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:

“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari ALLAH jua.. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari ALLAH..Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh..

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat..Mereka memuji kita,tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak.Sifat taqwa sudah ternafi.Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk,takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak..

Ingatlah:

“Sesungguhnya ALLAH tidak melihat amalan lahir kamu,tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana ALLAH semata-mata,tetapi ada orang mengkritik kita,kita melenting,hati tidak senang dengan orang itu,bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari ALLAH..

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini,kita berdoalah pada ALLAH dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan,rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini..Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri..Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan,rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya..Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu,ya ALLAH agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu,ya ALLAH..

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap..tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali ALLAH..Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia ALLAH..

Wallahu a’lam..

Saturday, December 5, 2009



Though your kids' squabbling exasperates you, it can be constructive. research has shown that the wrangling between siblings can teach kids valuable skills like sharing, problem-solving and empathy.

THE BEST WAY TO TACKLE SIBLING RIVALRY IS THROUGH PREVENTION, INTERVENTION, AND RESOLUTION..

-PREVENTION-
battles between siblings are easier to manage when there are easier to manage when there are fewer of them.the following pointers should help prevent(some of) the blow ups:
*avoid comparisons, such as "why can't you hang your clothes up? your brother is younger and he takes care of his things." not even favourable comparisons, such as, "your sister couldn't draw nearly as well when she was your age." any sorts of comparison can heighten competition and resentment between kids.
*dont show favouritism by giving one kids more of your attention, time or affection. even if you do like one kid more, dont think of him as being 'better' than your other kids.
*spend regular one-on-one time with each kid to minimise the battle for your attention.
*encourage siblings to talk about and respect each other's boundaries regarding toys, personal belongings, and space. each kid should have some items that are 'just his', and he's permitted not to share these few special items.
*treating kids equally does not prevent sibling rivalry because nothing can ever be exactly equal.instead of equal treatment, give according to need.

-INTERVENTION-
*when the bickering is escalating to screaming, name-calling, or physical fighting(or you have very young kids), then it's time to step in.
*though it's tempting to takes sides, establish "who started it", and blame one kid. it is more constructive to allow each kid to toll his side of the story without name-calling, blaming, or yelling.
*acknowledge how difficult it can be to work out an argument and express your confidence that they can find a way to resolve the situation, respecting each other.

-RESOLUTION-
occasionally, siblings seem to fight the same battle over and over again. when that happens, it's time to take a problem-solving approach.
*have a family meeting to discuss the issue. pick a time when everyone involved is relaxed and rested.
*set ground rules to minimise hurt feelings.
*don't let kids make you think that everything always has to be 'fair' and 'equal'- sometimes one kid needs more than the other.
*brainstorm some strategies together. for instance, if a kid complains that his older sister doesn't want to play with him when her friends are over, a strategy you might suggest is, "how bout the next time when Siti has her friends over, you and i play a game of your choice?" write down every suggestion, evaluating each other one carefully.

its unlikely that you'll ever eliminate sibling rivalry from your home but it's comforting to know that most brothers and sisters treat each other lovingly at least as often as they squabble.


source; susta friends(susta club) magazine vol4/2009

JOM EDIT PICTURE...




ok seperti yang dijanjikan entry kali ni aku nak share macam mana cara aku edit picture dalam entry ku THE FACES OF LOVE yang lepas.. lets check it out..

STEP 1:
korang download lah dulu PHOTOSHINE ni..(klik je kat words photoshine tu.. ianya free untuk digunakan 30x trial.. pastu kalau korang suka kena lah purchase ye)

STEP 2:
pastu klik ikon yang dalam circle tu untuk upload pic dari computer korang..



STEP 3:
pastu klik ikon yg bertanda 'A' tu..



DONE:
macam nilah hasilnya nanti..



selain tu korang boleh juga guna PHOTOSHINE ni untuk edit macam photo kat atas sekali tu..
SELAMA MENCUBA..

nota kaki; korang paham tak cara aku explain ni??


Thursday, December 3, 2009

RING TONE....


hu..hu..hu.. lama dah aku tak update blog.. biasalah bz women cam aku ni banyak sangat kerja yang nak disiapkan... muahahhhaaaa... ok le entry kali ni.. aku nak cerita pasal ring tone hp ku.. ni kes dah takde benda lain nak duk cerita..wakakak..
aku kalau pilih ring tone lebih suka pilih music yang agak rancak untuk didengar.. sebabnya kalau lah aku pilih music mendayu2.. alamat masa tengah tidur lagilah aku bagai didodoi2 bila hp ku menjerit2 minta diangkat.. so sekarang aku guna lagu WOMANIZER-britney spears yang dah di remix kan..untuk caller ring tone.. dan lagu SHIMMY SHAKE- techno untuk msg ring tone... dua2 nye lagu yang bila berbunyi boleh buat aku automatic terjaga.. geh..geh..geh.. tapi untuk hp ku yang satu lagi.. music nya agak sentimental sikit.. caller and msg ring tone nya aku prefer lagu bahasa cina yang romantic gitu... setiap kali hp ku tu berbunyi bila aku tgh shopping.. mesti amoi2 sales girl akan pandang aku dengan pelik... tapi aku peduli apa kan.. hp aku.. aku punya pasal lah kan... he..he..he.. so kawan2 ku pula.. bagaimana dengan anda? apa ring tone hp korang? yang bunyi nya tinnitt.. tinnnit..tinnnit.. ke? atau lagu ct nurhaliza ke??..........

Sunday, November 29, 2009









Tuesday, November 24, 2009

HAPPY EID MUBARAK..


hu..hu..hu.. lagi 3 hari kita dah nak menyambut Hari Raya Aidil Adha.. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang sudi singgah di blog ku ini.. hari raya kali ni disambut sederhana sahaja coz kakak ku masih dirawat di hospital.. tak dapat lah balik rumah nenek ku di segamat,johor.. kepada semua.. berhati2 di jalan raya.

A SHOULDER TO CRY ON..


'A Shoulder to Cry On'
Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,
And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.
All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll alway be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on
Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....
-by Tommy Page-

actually inilah lagu favourite aku dan kakak tersayang.. aku masih ingat bagaimana kami bersama2 cuba menghafal lirik lagu ni.. kenangan yang tak dapat kulupakan..
kakak sekarang beransur pulih.. namun memory nya masih tidak sebaik dulu.. tapi yang pasti kakak masih dapat memanggil ku dengan nama penuh semasa aku melawat nya malam tadi.. sesuatu yang amat mengembirakan.. sekarang setiap kali aku melawat kakak.. aku akan cuba bercerita tentang kehidupan nya sebelum ni.. ini memang amat diperlukan untuk membantu kakak dalam memulihkan ingatannya..kalau dulu setiap kali aku keluar dari bilik kakak dirawat air mata ni tak pernah berhenti dari menitis.. tapi tidak pada malam tadi.. aku keluar dengan senyuman yang sukar digambarkan.. insyaallah, kakak pasti akan sembuh..

my sister latest look..

kakak yang bertambah sihat dan ceria..


disebabkan kakak ditempatkan di icu ISO,.. kenalah aku pakai mask, ekkeke..


kakak semasa sihat bersama daniey yg baru dilahirkan..



Sunday, November 22, 2009

MY UNEXPECTED TAG..

tag kali ni aku dapat dari seorang wanita yang cantik bernama ROSMA dan seorang jejaka yang handsome iaitu EPI.. lama tak dapat tag ni.. so pada hari ahad yang agak suram ni.. aku cuba buat tag ni dengan sebaik mungkin ok... lets check it out;

a. Write five (5) intereting facts about the person who gaves you this award.

ROSMA
-suka main bowling.
-suka tengok wayang.
-suka ketawa..
-sensitif orangnye..
-suka berangan..

EPI
-seorang yang banyak bermuhasabah kan diri lately.. well done bro!
-sangat close dgn anakku daniey
-pandai menjaga grooming diri..
-tak suka makan bawang.. ekekekek
-my dear bro... he is my best buddy!!

b. Jot down ten (10) intereting facts about yourself and your hobbies..
-suka layan karaoke..
-suka membaca..
-suka pergi shopping..
-suka juga ber'tenet'..
-seorang yg mengambil berat ttg keluarga..
-suka makan seafood..
-suka belajar sesuatu yg baru.. tapi yg berfaedah je le..
-suka masak.. tapi bukan pandai sangat..
-suka menitik beratkan grooming diri..
-suka berkawan..

c. Pick your ten (10) deserving recipients and the describe them.
-hari ni baik hati.. tak nak tag siapa2.. muahahahha..

Friday, November 20, 2009

MY HAPPY DAY....

hari ni boleh dikatakan hari yang mengembirakan buatku.. hari ni daniey menyambut hari kelahiran nya yang ke2...masa terlalu pantas sangat berlalu.. rasa macam baru semalam je aku lahirkan daniey.. he..he.. sakitnya pun masih terasa.. semoga besar jadi anak yang soleh ya sayang..opppsss... tak lupa ucapan terima kasih pada bro epi coz belikan kek untuk nephew nya ni.. thanx ya bro...


entry ku ini belum habis lagi.. ada sesuatu yang buat ku happy selain dari bday daniey ni.. persoalan tentang penyakit kakak akhirnya terjawab.. kakak telah selamat dipindahkan ke hospital pantai semalam. pakar dari sana mengesahkan ada luka di intestine kakak dan kumannya telah merebak ke otak punca kakak diserang epilepsi..
kakak sekarang nampak lebih bersemangat dan mampu melawan serangan epilepsi nye.. aku rasa bersyukur sangat.. kalau sebelum ni aku ada menyatakan yang kakak nampak seperti sudah redha saja pada apa yang bakal berlaku padanya.. tapi sekarang kakak nampak lebih kuat dan bersemangat untuk melawan penyakitnya.. aku bersyukur yang tak terhingga.. aku tahu yang kakak tabah dan kuat.. dan insyaallah kakak pasti akan sembuh seperti sedia kala..tak lupa pada semua doa2 yang tak pernah putus buat kakak dari kawan2 ku semua.. budi baik kalian hanya allah yang mampu membalasnya..

Thursday, November 19, 2009

FADILAT SURAH YASIN..


dikala hati ku sedang bersedih.. inilah yang mampu ku lakukan.. berserah diri pada yang Esa.. entry kali ni aku nak share tentang fadilat dari surah yasin..

-yasin adalah hati al Quran.
-membaca yasin pahalanya seperti membaca al Quran 10 kali.
-membaca setiap malam mendapat keampunan Allah.
-membaca pada malam hari semata-mata kerana mencari keredaan Allah, akan diampuni dosanya.
-bacakanlah disisi orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut, supaya sembuh jika umurnya masih panjang atau segera ke alam baqa' jika ajalnya telah tiba.
-surah yasin menurut hajat orang yang membacanya.
-Nabi s.a.w. menginginkan surah yasin itu ada dalam hati setiap insan dari umatnya.
-antara keberkatan dalam surah yasin;
*jika lapar akan kenyang
*jika haus hilang dahaganya
*jika telanjang akan mendapat pakaian
*jika bujang akan berkahwin
*jika takut akan berasa aman
*jika sakit akan sembuh
*jika dipenjara akan bebas
*jika mengembara akan terpelihara sepanjang perjalanannya
*jika sedih akan gembira
*jika sesat akan ditunjukki jalan
*jika kehilangan akan mendapat kembali barang yang kehilangan itu
-membaca 25 kali, lalu menghadap orang berpangkat nescaya akan mendapat kemuliaan dan disempurnakan kehendaknya.
-dibacakan kepada orang yang diganngu makhluk halus(histeria,terpukau,kemasukan dll), insyaallah pulih.
-untuk menghalau pembela iblis dan syaitan, bahkan apa sahaja penyakit yang disebabkan atau berpunca dari makhluk halis yang jahat (harus dilakukan oleh orang yang arif).
MARILAH KITA SAMA2 MENGAMALKANNYA


Monday, November 16, 2009


kakak ku bersama suami tersayang..

hari ni genaplah usia kakak ku 30 tahun.. sayu hati bila melawatnye tadi.. walaupun sudah sedarkan diri.. tapi kakak seakan tak berapa mengenali orang disekeliling nye.. doktor kata ini kesan daripada virus denggi yang telah merebak di otak kakak.. hari ni kakak nampak lebih sihat dan serangan epilepsi nye pun makin berkurangan.. kakak sudah boleh berbual walaupun tutur bicara nye masih tak berapa jelas.. paling menggembirakan kakak sudah dapat mengenali ibu dan ayah ku.. kakak tak putus2 bertanya dimana dia berada sekarang.. dan asyik mengatakan yang dia berada di syurga.. itulah yang paling memilukan aku.. kakak juga tak habis2 memuji semua yang berada disekitarnye cantik..
adakah selama kakak tidak sedarkan diri.. dia telah mendapat hidayah dari tuhan.. sampaikan dia bersikap begini..?
kakak sempat berpesan pada ibuku... doakan agar dia cepat sembuh dan dia sayang kan kami semua.. dan hanya itulah yang termampu aku lakukan.. sentiasa mendoakan untuknye.. dan berharap semoga esok mentari akan lebih bersinar...


;;