MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 18, 2009

DANIEY WITH HIS CD..





salam semua.. hari tu aku dah janji nak post gambar daniey pakai cd nye kan?? entry kali ni aku attach kan sekali..punyalah tak tau duduk diam susah aku nak snap.. sorry kalau photo ni tak cantik.. coz aku taklah sehebat zaza dari LENSA MAMA tu.. ekekekeke.. secara peribadi nye aku suka sangat pakaikan daniey cd,, rasa satu kepuasan.. kat sini aku sertakan sekali artikel yang AKMA email kan kat aku:

Kenapa Gunakan Lampin Kain (CD)?

Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain dan berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain kapas yang lembut?

Isu Kesihatan

Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya.

* Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.


* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.


* TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.


* Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.


* Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).


Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam.

Kos

Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Kos bagi lampin pakai buang (DD)

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu

RM0.60 X 7=RM4.20 sehari

RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun

RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun


Kos menggunakan lampin kain (CD)

Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:

Sehelai lampin : RM39 (paling murah tuk 1 insert)

Beli 12 helai: 12 X RM 39 =RM468

Beli 24 helai: 24 X RM39 =RM936 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah keluarga.

Kita beralih ke topik yang lebih menarik iaitu bagaimana saya menguruskan CDs:

CD terbahagi kepada 2 bahagian,

* pocket pant
* insert


anda perlu memasukkan microfiber insert ke dalam pocket pants
kerana sekiranya insert berhubungan terus dengan punggung anak anda
microfiber material boleh menyerap kelembapan punggung dan menyebabkan kekeringan
(acik cakap pusing pusing ni,kalian fahamkah? )
untuk penggunaan di hari siang, hanya 1 insert diperlukan untuk penyerapan sepanjang 4 jam (bergantung kepada berapa banyak bayi anda pee)
tukar CD setiap kali baby poo..dan apabila CD sudah berat(3-4 jam)
sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs
*tetapi untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam
(dari jam 10 malam ke 6 pagi) 2 inserts pada CD anda untuk penggunaan malam hari
*kedua dua insert dimasukkan ke dalam pocket pants
(demi penyerapan yang lebih dan anda tak perlu mangun malam utk menukar CD baby)
semua CD yang baru dibeli perlu dibasuh sebelum menggunakannya
ianya adalah untuk mendapatkan maximum absorbency daripada CD tersebut
Selepas di rendam dan di rinse menggunakan washing machine
’sunning’ atau jemur CD anda ye.
hari pertama menggunakan CD di rumah pengasuh/nurseri
beritahu pengasuh, sekiranya bayi anda poo/pee
hanya masukkan CD ke dalam plastik (tidak perlu basuh)
sama seperti apa yang mereka lakukan dengan diapers cuma jangan buang (hoho)
‘bekalkan’ 4 CDs untuk kegunaan anak anda semasa hari siang
semasa menjemput anak anda, bawa pulang plastik hikmat tersebut..hihi

cara pengurusan CD, utk CD yang terkena najis


siramkan air ke CD itu untuk membuang najisnya ke dalam toilet bowl

dan untuk CD yang terkena pee, campak letak kan CD yang kotor ke dalam diapers pail anda
opsyen : anda boleh mempunyai 2 pails

* dry = diapers yang kena pee sahaja
* wet = diapers yang kena poop

dan rendamkan nya sahaja sehingga ‘hari membasuh’ anda (2-3 hari sekali)
tapi saya letak semuanya dalam wet diapers pail kerana saya hanya mempunyai 10 CDs
jadi, saya perlu membasuh CD selang sehari
wah..membasuh?
susah bunyi nya kan..
biar washing mashine do the job
(sebaiknya letak CD anda didalam laundry bag untuk menjaga jahitan CD anda)

tips tambahan, sekiranya bayi anda poo
warna kuning najis agak susah ditanggalkan dengan sekali cucian machine
apa yang saya buat, saya letakkan sabun pencuci (liquid) di insert nya
dan buat ’soak mode’ selama 8 hours
alhamdulillah, kesan kuning semua tertanggal.

* elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian
pada CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap
* Cloth Diaper perlu diprewash sekurang2nya 2 kali sebelum menggunakannya
Ini adalah untuk memastikan penyerapan yang lebih baik
Disamping menyingkirkan residue yang tertinggal semasa manufacturing process
Diingatkan utk tidak menggunakan sabun berpeluntur kerana ianya akan melunturkan warna pocket pants CD anda.
dah siap rinse, sidailah CD anda di leh la exercise tangan lakkan
ahaks..
sebab saya sidai di dalam rumah,
maka ianya akan mengambil masa 1 hari utk kering
inilah rutin harian ku
pagi pagi angkat CD dan lipatkan 3 untuk ‘bekal’ di rumah pengasuh pada hari itu

CARA PENJAGAAN “POCKER CLOTH DIAPERS” CD

1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' (2-3 kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Bilas, perah dan jemur hingga kering.


2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('Insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.


3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).


4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.


5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.


6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

JOM KITE SELAMATKAN BUMI DAN ANAK2 KITE DARI BAHAN KIMIA, GUNAKAN CLOTH DIAPERS..






4 Comments:

  1. Lady of Leisure said...
    nanti nak kene beli CD untuk arri n molly la, senang nak abwak berjalan hehehehe..
    :D
    kelly910 said...
    tu lah.. lady, takkan arri n molly je kot.... cepat2lah dapat baby boleh pakai untuk si comel juga... kan..kan..kan..
    fisa said...
    wah!!!bagus la kelly...syoknyer baca...ermrmmm ni konpem la ku nk try CD utk irfan...explaination yg simple & mudah phm...kredit to sunlight yer..hehehe..
    kelly910 said...
    wakakakkaa.. apa lagi sis.. lets start cding.. lets go green..

Post a Comment