MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 25, 2009

aku kadang2 tak faham kenapa ada dikalangan komuniti kita memandang sinis pada kami yang bersuamikan lelaki BUKAN MELAYU..pelik ke?? jijik ke?? salah ke?? dalam islam pun tak pernah manghalang perkahwinan berlainan bangsa hanya yang penting mesti beragama islam. tapi setiap kali aku keluar bersama suami mesti ada mata2 dan mulut2 yang memandang dan bercakap yang seolah kami ni seorang penjenayah pula.. sebelum berkahwin dulu.. aku selalu menjadi bahan sindiran lelaki yang berbangsa melayu..'dah takde lelaki melayu lagi dia nak jadikan boy friend agak nye??' suka hati akulah... aku nak ber boy friend dengan siapa pun... bila dah berkahwin pun masih ada lagi mulut2 yang tak ada insuran bercakap macam tu juga... kenapa ye?? apa masalah nye dengan bangsa kita ni?? apa yang buat mereka tak puas hati?? aku betul2 tak faham.. sesungguhnye cinta itu buta and very subjective.. dah memang dah tertulis di loh mahfus jodoh ku bukan dengan lelaki melayu.. apa lah daya aku nak melawan qada' dan qadar?? bukan lah aku saja nak demand lebih2.. tapi kalau aku nak demand pun itu hal akulah.. aku yang nak berkahwin dengan dia dan yang akan menghabiskan sepanjang hayat aku juga adalah dengan dia so terpulanglah pada aku nak memilih siapa jadi peneman aku.. apasal korang sakit hati sangat hahhh??? betullah kata dr fadhilah kamsah masyarakat melayu kita menduduki rating ke 2 PHD(perasaan hasad dengki) dalam dunia.. satu tangga je kurang dari israel.. bangga kan korang?? 1 tangga je kurang dari puak rejim zionis tu kan...?? maaf kalau kata2 aku ni ada mengguris hati siapa2.. bukan niat ku begitu.. cuma aku menyatakan apa yang benar.. wahai masyarakat ku cubalah berfikiran lebih terbuka dan positive.. itu lebih membawa kebaikan dari duk menyempitkan fikiran dengan benda2 yang negative.. wallahualam...


21 Comments:

  1. LoLLy~ said...
    hahahha
    lolly suke jek brangan dpt bf/laki
    chinese ke mat saleh ke,lol
    Annsyifa said...
    takde salahnya kelly..
    pedulikan diorang...jeles le tu..hehe..

    cousin ann ada yg kahwin to a chinese jugak..
    and another cousin yg previously married to an iraqi..

    alhamduliilah bahagia diorang...
    Lara said...
    ala dorg yg ckp cmtu sume jeles. tuhan xkata ape dorg lak lebih2. huhuhu
    kelly910 said...
    to lolly: he..he...he.. chinese guy also not bad what?? cari lah sorang..
    ekekekekkek..

    to annsyifa: tu lah ann,bukan diorang yang bagi kelly makan kan..kan..kan..

    to lara: kelly cuma mampu ignore je semua kata2 diorang tu.. selagi tak mengganggu kebahgiaan rumahtangga kami.. chewah....ekekekkeek..
    Lady of Leisure said...
    sesetengah manusia ni mmg begitu kelly..ignore jer mereka2 ni.. ada setengah mereka takde keje lain asyik nak mengumpat jer..
    kadang bila kemana2 org pandang semacam jer kan.. kalau dah tak ada benda sangat, pakaian kita, cara kita jalan, dan benda yg sebesar zarah pun boleh jadi umpatan mereka..

    kadang lady pun terfikir jugak, tak boleh ke semua org dalam dunia ni berbaik sangka.. kan aman dunia kalau gitu...
    syayassir said...
    kelly,
    kalau kak sya,
    terserempak dengan couple yang bukan sama kaum,
    kak sya memang akan pandang2...
    tapi, bukan pandang menyampah..
    pandang sebab kagum sangat, dan suka sangat tengok couple yang boleh hidup bersama walaupun bukan sama kaum... suka tau!
    sebab tu teringin sangat nak jumpa kelly in person.. :P
    kelly910 said...
    to lady of leisure:
    sometimes kita susah nak memuaskan hati semua pihak.. ada saja yang tak kena dimata mereka.. kan lady..? tapi biar jelah apa yang diorang nak cakap.. rasanye kebahagiaan kelly bukan terletak ditangan mereka.. walau pun segunung kata2 nista yang dilemparkan..

    to sis sya:
    kelly tak nafikan disebalik umpat cerca yang pernah kelly terima, masih ada juga yang memuji dan senang apabila melihat kelly n hubby.. biasalah sis.. semua di dalam dunia ni ada pro dan kontra nye kan.. kelly pun teringin sangat nak jumpa sis.. tengoklah kalau rh ada buat next gathering.. panjang umur kita berjumpa ye sis..
    fisa said...
    uiksss x der pelik pun..
    tumpang syok ader lg...;)
    apesal lak nk dengki2 nie...
    isk isk lom lepas degree dh bz dgn PHD ekk...
    ermmm biar kn mereka terjun dgn labu2 nyer..
    biar kan biar kan...
    kiter kn 1 malaysia...
    peace no war to PHD holder yeah...;)
    syahadah said...
    bagi saya la..saya tabikla org yg berkawenkan lelaki yg bukan melayu ni.malah rasa nak kawan plak.nak tahu pengalaman mereka..anak2 plak sure chomey2..!!
    melayu mmg kuat PHDNya..contohnya dlm blog pun ada PHD..tu blum lagi klu bisness..
    sabar la kelly.!!lagi derang ngata lagi u tunjuk romantik..biar derang sakit mata..hahahaha
    Pijot said...
    ala kelly... nothing wrong with it.. diorg jeles la tu.. da diorg xlaku... xde lelaki cina nk dia.. pastu yg lelaki plak dengki sebab diorg x terpilih jd suami kelly... so ade rse dengki la tuh.... hehehehehe... org bodoh je pk mcm tu kelly... pasni kelly ignore je mereka2 yg pendek akal tuh....
    MIEZA said...
    Kelly,
    Ignore aje derang habis cita, x de keje la tu dok mengumpat orang..Akak dulu ada jugak bercinta dengan chinese, masa form 3, hahaha..seronok jugak.., tapi hanya separuh jalan, pastu memasing bawa haluan memasing sebab kerana agama berbeza, dengan orang jepun pun ada jugak, tapi disebabkan jodoh akak dengan abang lebih kuat..kami bahagia sampai sekarang...
    kelly910 said...
    to sis fisa.. syahadah.. pijot.. sis mieza.. thanx atas semua kata2 semangat.. actually maybe diorang semua tak sedar.. berkahwin dengan chinese guy ni bukan setakat kahwin je.. tapi ada yang lebih penting lagi, tanggungjawab yang harus kelly pikul.. bukan satu kerja mudah nak bimbing saudara baru dalam islam.. tapi inilah yang harus kelly lalui.. lagi kuat diorang mengata.. sekelumit pun takkan buat kelly mengalah.. takpe kelly akan terima dengan fikiran positive.. doakan kelly ye..
    ** said...
    rasanya diorang jeles kot..tak pon dioang ni spesis JAKUN kan?..
    kelly910 said...
    wakakakka.. betul tu ain.. eryna macam mana?dah sihat tak?
    Ayeira aka ladybirdluv0ne said...
    sabar aje..mulut tempayan boleh tutup mulut manusia??hurm dah jodoh mmg tertulis sapa dorg untuk berkata....peace and tamo mara2..
    mrs insanfakir said...
    Kelly,
    Saya tabik spring kat Kelly sebab kuat dlm mempertahankan cinta dan berjaya ajak suami Kelly sama-sama jadi Umat Nabi Muhammad SAW.Terharu saya.
    Kalau saya,saya tak kuat macam Kelly.Pengalaman saya,walaupun dia bangsa lain,dia betul2 ikhlas nak masuk Islam dan nak susah senang bersama.Cuma jodoh takde.
    Jadi,Kelly,tahniah ya berjaya mengharungi semua dugaan...
    kelly910 said...
    ladybird.. tu lah kalau boleh jahit, lama dah kelly jahit terus je mulut2 tak ada insurans tu... he..he..
    kelly910 said...
    ummu masyitah.. kalau diikutkan kelly ni bukan lah arif sangat dalam selok belok agama islam.. tapi kami sama2 belajar apa yang kami tak tahu.. alhamdullillah jodoh kami dah ditentukan oleh NYA.. dan semoga keakhir hayat.
    epi said...
    hadapilah cabaran dan dugaan dunia dgn tabah..ALLAH kuniakan kita akal utk b'pk,tpi mnsia seperti mereka s'olah2 tidak m"mlkinye..lgpun,bgi mreka yg b'dakwah pda mrka yg bkn s'agama hga mrka m'ngenali ISLAM s'sghnye mrka m'perolehi pahala yg amat besar..dan smga sis adalh t'golong d'dlmnye..aminn
    kelly910 said...
    thanx bro... kata2 yang sangat mendalam..
    Ayeira aka ladybirdluv0ne said...
    Jahit jangan tak jahit hhehehe

Post a Comment