MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 11, 2009

UNTUKMU SUAMIKU...

suamiku.....
terlafaz lancar sebuah akad
setulus hati mahar diberi
terangkat sudah segala penyekat
diriku kini kau miliki

dalam keterharuan
air mata ibuku berguguran
ayahku sebak melepaskan
puterinya kini kau jagakan

suamiku.....
jika diriku diterima kerana kelebihan
kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
jika diriku diterima kerana kecantikan
kau kan bosan bila ia beransur hilang

aduhai suamiku
jelaskanlah niat dan matlamat
menerimaku kerana agama
baru hidup beroleh berkat
bahagia hingga ke syurga

ketahuilah suamiku
kaulah pemilik cintaku
setelah Allah dan Rasul
suluhkanlah buatku
jalan menuju Yang Satu

suamiku.....
hadiah mahal terbilang
bahtera penyelamat yang utuh
gelombang dan karang
tak mampu meruntuh

suamiku.....
kita dua insan berbeza
cita dan cinta yang sama
jadilah dirimu sebenarnya
terimalah diriku seadanya

suamiku.....
asam garam rumah tangga
khilaf dan salah pasti ada
sama-samalah berlapang dada
pemula maaf paling mulia

suamiku.....
menang bukan bererti benar
kalah bukan bererti salah
dalam berdebat, hormat memagar
tawadukmu budi terindah

suamiku.....
berjanjilah padaku
dengan kemuliaan dirimu
kenalkan aku dan generasiku
pada kemuliaan Penciptamu


12 NOV 2004-12 NOV 2009
WE ARE MADLY IN LOVE FOR 5 YEARS

12 Comments:

  1. Lady of Leisure said...
    kelly... anniversary ya...
    dah 5 tahun ya.. lady tumpang gembira..
    romanticnya kelly ni.. :)
    lady ucapkan happy anniversary buat kelly n husband ya..
    semoga kebahagiaan berkekalan..
    :)
    saSha a.K.a MumYalya said...
    wah...wife cik daniel da pandai bermadah pujangga...huhu :P
    kelly910 said...
    terima kasih lady..amin ya rabbal alamin..
    kelly910 said...
    mumyalya..
    wakakakkakaka... goli perut mendengornye..
    um. masyitah said...
    wah 5 tahun jugak erk?
    Happy Anniversary ya.Semoga diberkati Allah ke akhir hayat.Syahdu sungguh entry Kelly kali ni.hu hu
    kelly910 said...
    terima kasih ummu masyitah...
    doakan kami ye..
    fisa othman said...
    ello fren...

    HAPPY ANNIVERSARY!!!!!...

    touching arrr...dasat oooo ayat2 puitis d atas...hehehehe...
    kelly910 said...
    wakakkakaa..
    thanx a lot sis...
    Annsyifa said...
    hebat nya kelly...buat sendiri ke tu..

    tahniah untuk kelly dan suami..!
    kelly910 said...
    tima kacih ann...
    wina said...
    happy 5th anniversary kelly

    wishing u guys many more happy years to come together :-)
    kelly910 said...
    thanx a lot dear wina..

Post a Comment