MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Sunday, December 27, 2009

PERTOLONGAN CEMAS PART 1..


APAKAH PERTOLONGAN CEMAS?
pertolongan cemas bermaksud pertolongan yang diberikan untuk membantu orang yang dalam kecemasan. ia adalah langkah awal rawatan orang yang tercedera, sementara mendapat rawatan yang lebih sempurna daripada doktor. ia dilakukan dengan serta merta tanpa peralatan yang lengkap. setiap orang harus tahu mengendalikannya. bantuan yang kita berikan ini mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan.terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memberikan pertolongan cemas. tiap2 satu cara ini bergantung kepada keadaan kecederaan yang berlaku.

LUKA;
sekiranya si pesakit mendapat luka ringan sahaja, kita hendaklah membalut bahagian yang luka itu. gunakanlah kain yang sesuai dan dan bersih.balutan ini adalah untuk menahan darah daripada terus keluar melalui bahagian yang luka. jika terdapat kekotoran pada luka itu, kita hendaklah membersihkannya. tekan bahagian yang berdarah dengan ibu jari atau dengan telapak tangan anda.
kadangkala, jika luka itu melibatkan salur nadi, darah akan keluar dengan banyaknya. cara yang baik untuk mengelakkan pendarahan ini ialah dengan menekan kuat pada bahagian yang berdarah. selain daripada itu, kita boleh menggunakan pembalut yang bersih dan sesuai.
jika pesakit itu barasa sakit apabila digerakkan, janganlah digerakkan. dia mungkin mengalami patah tulang.

KULIT MELECUR;
jika salah satu bahagian anggota kita melecur disebabkan oleh benda2 panas, demahkan atau sejukkannnya dengan air sejuk atau dengan ais pada tempat yang terkena api itu bagi menghilang kan kesakitan. balut dengan menggunakan kain pembalut yang bersih.
jika bahagian yang melecur itu teruk kerana terkena api, cecair yang panas, atau besi panas biarkan beberapa ketika. jika terdapat kain atau pakaian yang terlekat biarkan pakaian atau kain itu pada bahagian yang melecur. elakkan daripada terdedah kepada udara dengan membalutnya secara longgar pada tempat yang tercedera. jangan sapu dengan sebarang minyak atau ubat. sekiranya mangsa itu sedar, berikan sebanyak mungkin air untuk diminum. bawa pesakit itu ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

KEJUTAN ELEKTRIK;
jika terkena kejutan elektrik, jangan terus memegang mangsa tersebut. kita hendaklah memastikan bahawa suis elektrik itu ditutup terlebih dahulu. alihkan mangsa itu dengan menggunakan bahan penebat seperti plastik atau kayu yang kering. baringkan si mangsa dan selimutkan badannya. beri ruang udara kepadanya. sekiranya dia sedar, beri minum air suam kepadanya.

PATAH ATAU TERGELIAT;
jika anggota badan kita tergeliat atau patah, kawasan yang terseliuh akan kelihatan bengkak. selepas itu ia akan sakit apabila digerakkan. keadaan seperti ini memerlukan pengendalian orang yang mahir. jangan gerakkan pesakit kecuali jika dia perlu dibawa ke tempat yang lebih selamat, kaki dan tangan nya mesti disokong pada badannya secara mengikat dengan kain yang sesuai.
jika tangan atau kakinya yang terseliuh atau patah, gunakan anduh untuk mengampu bahagian yang cedera itu. bawakan pesakit ke klinik dengan seberapa segera untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

KEADAAN TERKEJUT;
keadaan terkejut tidak serupa dengan pengsan. biasanya keadaan yang sakit dan kehilangan darah boleh menyebabkan keadaan terkejut. apabila kita dalam keadaan terkejut, muka kita akan menjadi pucat dan badan kita sejuk. denyut nadi kita menjadi cepat. gerak pernafasan kita menjadi pantas. pada masa ini kita mungkin sedar atau hampir tidak sedar. kejadian yang kuat boleh menyebabkan maut.
langkah2 mengurangkan kejutan=
-baringkan mangsa dgn kakinya lebih tinggi daripada kepalanya.
-selimutkan mangsa itu. pastikan mangsa berada dalam keadaan suam atau tidak terlalu panas.
-kalau mangsa itu pulih, bolehlah diberi sedikit minuman seperti jus oren atau air garam.
-bawa mangsa ke hospital yang berdekatan dengan segera untuk rawatan selanjutnya.

RACUN;
sekiranya mangsa terminum racun, kita hendaklah mencairkan racun tersebut dengan memberikan sus untuk diminum. buatkan magsa muntah dengan memasukkan jari ke dalam kerongkongnya. halakn kepalanya kebawah sekiranya dia mula muntah . kita perlu membawa bersama contoh racun bagi pemeriksaan doktor yang merawatnya.



12 Comments:

  1. Lady of Leisure said...
    thanks for sharing kelly...
    so far lady biasa kasik pertolongan cemas yg simple2 jer seperti luka2 kecik...
    tapi ngeri gak tgk luka2 ni... esp time nak cuci.. seriau sangat..
    KELLY910 said...
    welkem lady.. pada kelly, ilmu tentang pertolongan cemas ni perlu kita ambil tahu serba sedikit kan.. bila2 tengok luka yang teruk2 memang ngeri je.. nak2 yang darah susah nak stop... lepas tu bila si mangsa tak boleh tahan sakit... susah juga jadi nurse ni ek.. ekkeke..
    saSha a.K.a MumYalya said...
    thanks kelly..berguna info ni..at least kalau jadi kemalangan tetiba(simpang malaikat 44)dah aku tau ape nak buat..dari melalak je :p
    KELLY910 said...
    welkem sha..pertolongan cemas ni penting untuk kita tahu sedikit sebanyak.. in case something happen kita dah tau nak buat apa kan..
    Ena said...
    thanks kelly.. info yg amat bergune.. cume kdg2 bile terjadi satu2 mende tu lau cepat panic.. aper pun x ingat dahh.. teruk kan akak nie.. hu3x..
    rosma said...
    tq 4 info..mase sek dolu rosma PBSM..ado gk la tau sikit2 ttg 1st aid nih..tapi biaso lah lupo dah..kikiki
    KELLY910 said...
    ena.. tu lah bila dah panic.. semuanya pun boleh terlupa kan.. tapi takpe bila berlaku apa2 kecemasan kita cuba tenangkan diri dulu.. barulah kita boleh ingat langkah2 seterusnya.. kan..
    KELLY910 said...
    rosma.. kalau dulu masuk pbsm club mesti banyak belajar tentang first aid ni kan.. tapi tu lah kelly dulu tak masuk pun.. ekekek..
    adlinahusaini said...
    tq ek kelly..leh refer :)
    fisa othman said...
    1st aid kit nie wajib ader kat umah...dalam keta...kat opis..even bile kite g holiday...benda nk jd anytime any place...sedia kan payung sebelum hujan...;)
    KELLY910 said...
    adlina..
    welkam dear,, sharing is caring..
    KELLY910 said...
    sis fisa...
    betul tu sis.. at least kalau sthing happen kita tau apa nak buat kan.. dah tak payah nak tercari2 lagi..

Post a Comment