MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 25, 2009

aku kadang2 tak faham kenapa ada dikalangan komuniti kita memandang sinis pada kami yang bersuamikan lelaki BUKAN MELAYU..pelik ke?? jijik ke?? salah ke?? dalam islam pun tak pernah manghalang perkahwinan berlainan bangsa hanya yang penting mesti beragama islam. tapi setiap kali aku keluar bersama suami mesti ada mata2 dan mulut2 yang memandang dan bercakap yang seolah kami ni seorang penjenayah pula.. sebelum berkahwin dulu.. aku selalu menjadi bahan sindiran lelaki yang berbangsa melayu..'dah takde lelaki melayu lagi dia nak jadikan boy friend agak nye??' suka hati akulah... aku nak ber boy friend dengan siapa pun... bila dah berkahwin pun masih ada lagi mulut2 yang tak ada insuran bercakap macam tu juga... kenapa ye?? apa masalah nye dengan bangsa kita ni?? apa yang buat mereka tak puas hati?? aku betul2 tak faham.. sesungguhnye cinta itu buta and very subjective.. dah memang dah tertulis di loh mahfus jodoh ku bukan dengan lelaki melayu.. apa lah daya aku nak melawan qada' dan qadar?? bukan lah aku saja nak demand lebih2.. tapi kalau aku nak demand pun itu hal akulah.. aku yang nak berkahwin dengan dia dan yang akan menghabiskan sepanjang hayat aku juga adalah dengan dia so terpulanglah pada aku nak memilih siapa jadi peneman aku.. apasal korang sakit hati sangat hahhh??? betullah kata dr fadhilah kamsah masyarakat melayu kita menduduki rating ke 2 PHD(perasaan hasad dengki) dalam dunia.. satu tangga je kurang dari israel.. bangga kan korang?? 1 tangga je kurang dari puak rejim zionis tu kan...?? maaf kalau kata2 aku ni ada mengguris hati siapa2.. bukan niat ku begitu.. cuma aku menyatakan apa yang benar.. wahai masyarakat ku cubalah berfikiran lebih terbuka dan positive.. itu lebih membawa kebaikan dari duk menyempitkan fikiran dengan benda2 yang negative.. wallahualam...


Wednesday, October 21, 2009


tadi aku gi jalan2 kat blog kengkawan sekali ternampak satu contest ni..SENYUMAN CERIA SI COMEL nampak macam best je hadiah2 dia... so aku decide nak participate kan putera2 kasayangan ku dalam contest ni.. ada rezeki boleh lah menang.. he..he..he.. lets check it out..

MY 1ST SON










NAME: MUHAMMAD DANIESH CHIA BIN MUHAMMAD DANIEL CHIA.
AGE: 3 TAHUN 5 BULAN.

MY 2ND SON










NAME: MUHAMMAD DANIEY CHIA BIN MUHAMMAD DANIEL CHIA.
AGE: 1 TAHUN 11 BULAN.

apa yang buat aku really excited nak join contest ni bila tengok hadiah yang ditawarkan oleh SMILEYKIDZ.. nak tau apa hadiah yang menarik tu.. jom kita tengok kat bawah, aku ada sertakan syarat2 penyertaan sekali..

Hadiah uTama berupa :

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

************************************************************************************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.


Cara2 penyertaan?

* Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda.

* Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini.

* Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda.

* Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.

* Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.

* Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .

* AMARAN: no link back will be disqualified.

* Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.



Antara Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer adalah :

* Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.

* Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.

* Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.

* Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!

* Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.

* Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.


* SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.

* SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.

* Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

************************************************************************************

Sebarang pertanyaan boleh lah emailkan ke smileykidz.photo@gmail.com.

rasanye putera2 ku ni ada chance boleh menang tak??
he..he..he..



Monday, October 19, 2009



CHECK OUT THESE FIVE SIMPLE STEPS IN THE MAKING OF GOOD PARENTS...

PROVIDE UNCONDITIONAL LOVE AND ENCOURAGEMENT TO YOUR KIDS.
show this by giving your time and attention generously. all kids need to feel like their parents are their best cheerleader, and with their parents help, they can accomplish anything.

STRENGTHEN YOUR TEAM.
it means that both mom and dad agree beforehand on important issues like rules and the discipline, making important decisions together on matters concerning the kids and the family.

DISCIPLINE CONSISTENTLY THOUGH THIS COULD BE ONE OF THE HARDEST THING TO DO.
at the end of the hard day, it is so easy to give in to kid who is crying or whining. you have to remember if you're not consistent, then it will make your job as a parent that much tougher. once you've set limits and rules, make sure you enforce them always.

TEACH RESPONSIBILITY BY GIVING YOUR KIDS RESPONSIBILITIES.
kids can learn to be responsible by helping to clean up the house and putting toys away after playing. they need to understand that they're responsible for their own actions and the consequences that follow when they act irresponsibly.

CREATE TOGETHERNESS THROUGH ROUTINES.
daily,weekly, or even yearly family rituals create a bond between family members. it maybe as simple as reading a book together every night or taking a yearly trip to the beach.


source;sustafriends(susta club) magazine vol 1/2009

Sunday, October 18, 2009

FLYING WITHOUT WINGS..

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
At any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without wings

And you're the place my life begins
and you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings
(DEDICATED FOR MY BELOVED HUBBY.. I LOVE YOU SO MUCH)


DANIEY WITH HIS CD..





salam semua.. hari tu aku dah janji nak post gambar daniey pakai cd nye kan?? entry kali ni aku attach kan sekali..punyalah tak tau duduk diam susah aku nak snap.. sorry kalau photo ni tak cantik.. coz aku taklah sehebat zaza dari LENSA MAMA tu.. ekekekeke.. secara peribadi nye aku suka sangat pakaikan daniey cd,, rasa satu kepuasan.. kat sini aku sertakan sekali artikel yang AKMA email kan kat aku:

Kenapa Gunakan Lampin Kain (CD)?

Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain dan berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain kapas yang lembut?

Isu Kesihatan

Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya.

* Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.


* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.


* TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.


* Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.


* Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).


Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam.

Kos

Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Kos bagi lampin pakai buang (DD)

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu

RM0.60 X 7=RM4.20 sehari

RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun

RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun


Kos menggunakan lampin kain (CD)

Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:

Sehelai lampin : RM39 (paling murah tuk 1 insert)

Beli 12 helai: 12 X RM 39 =RM468

Beli 24 helai: 24 X RM39 =RM936 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah keluarga.

Kita beralih ke topik yang lebih menarik iaitu bagaimana saya menguruskan CDs:

CD terbahagi kepada 2 bahagian,

* pocket pant
* insert


anda perlu memasukkan microfiber insert ke dalam pocket pants
kerana sekiranya insert berhubungan terus dengan punggung anak anda
microfiber material boleh menyerap kelembapan punggung dan menyebabkan kekeringan
(acik cakap pusing pusing ni,kalian fahamkah? )
untuk penggunaan di hari siang, hanya 1 insert diperlukan untuk penyerapan sepanjang 4 jam (bergantung kepada berapa banyak bayi anda pee)
tukar CD setiap kali baby poo..dan apabila CD sudah berat(3-4 jam)
sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs
*tetapi untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam
(dari jam 10 malam ke 6 pagi) 2 inserts pada CD anda untuk penggunaan malam hari
*kedua dua insert dimasukkan ke dalam pocket pants
(demi penyerapan yang lebih dan anda tak perlu mangun malam utk menukar CD baby)
semua CD yang baru dibeli perlu dibasuh sebelum menggunakannya
ianya adalah untuk mendapatkan maximum absorbency daripada CD tersebut
Selepas di rendam dan di rinse menggunakan washing machine
’sunning’ atau jemur CD anda ye.
hari pertama menggunakan CD di rumah pengasuh/nurseri
beritahu pengasuh, sekiranya bayi anda poo/pee
hanya masukkan CD ke dalam plastik (tidak perlu basuh)
sama seperti apa yang mereka lakukan dengan diapers cuma jangan buang (hoho)
‘bekalkan’ 4 CDs untuk kegunaan anak anda semasa hari siang
semasa menjemput anak anda, bawa pulang plastik hikmat tersebut..hihi

cara pengurusan CD, utk CD yang terkena najis


siramkan air ke CD itu untuk membuang najisnya ke dalam toilet bowl

dan untuk CD yang terkena pee, campak letak kan CD yang kotor ke dalam diapers pail anda
opsyen : anda boleh mempunyai 2 pails

* dry = diapers yang kena pee sahaja
* wet = diapers yang kena poop

dan rendamkan nya sahaja sehingga ‘hari membasuh’ anda (2-3 hari sekali)
tapi saya letak semuanya dalam wet diapers pail kerana saya hanya mempunyai 10 CDs
jadi, saya perlu membasuh CD selang sehari
wah..membasuh?
susah bunyi nya kan..
biar washing mashine do the job
(sebaiknya letak CD anda didalam laundry bag untuk menjaga jahitan CD anda)

tips tambahan, sekiranya bayi anda poo
warna kuning najis agak susah ditanggalkan dengan sekali cucian machine
apa yang saya buat, saya letakkan sabun pencuci (liquid) di insert nya
dan buat ’soak mode’ selama 8 hours
alhamdulillah, kesan kuning semua tertanggal.

* elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian
pada CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap
* Cloth Diaper perlu diprewash sekurang2nya 2 kali sebelum menggunakannya
Ini adalah untuk memastikan penyerapan yang lebih baik
Disamping menyingkirkan residue yang tertinggal semasa manufacturing process
Diingatkan utk tidak menggunakan sabun berpeluntur kerana ianya akan melunturkan warna pocket pants CD anda.
dah siap rinse, sidailah CD anda di leh la exercise tangan lakkan
ahaks..
sebab saya sidai di dalam rumah,
maka ianya akan mengambil masa 1 hari utk kering
inilah rutin harian ku
pagi pagi angkat CD dan lipatkan 3 untuk ‘bekal’ di rumah pengasuh pada hari itu

CARA PENJAGAAN “POCKER CLOTH DIAPERS” CD

1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' (2-3 kali prewash) yang pertama kali hendak digunakan. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Bilas, perah dan jemur hingga kering.


2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('Insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.


3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain (laundry net) supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).


4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.


5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.


6. Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

JOM KITE SELAMATKAN BUMI DAN ANAK2 KITE DARI BAHAN KIMIA, GUNAKAN CLOTH DIAPERS..






Friday, October 16, 2009


selepas je berjaya merepair blog ku(happy sangat), entry pertama yang aku nak buat tentang award yang aku baru terima dari LADYBIRD@AYEIRA thanx.. coz sudi menghadiahkan award ni ye..

2 fakta tentang pemberi award..
*seorang yang rajin mencantikkan blog.. rajin tukar templatenye..
*seorang isteri yang muda dan comel..


Thursday, October 15, 2009

aku sedih sangat.... tengoklah apa dah jadi dengan blog kesayangan aku ni... buat masa sekarang ni aku dah hampir rasa give up untuk berblog... kenapa masalah yang sama asyik berulang.. aku hampir2 menitiskan air mata bila tengok blog ku jadi begini.. aku banyak bekerja keras.. dan tak terkira berapa banyak masa yang dah aku korbankan untuk menghasilkan blog ni... tapi akhirnye ini yang aku dapat.. atau sepatutnye sejak awal lagi aku memang tak patut pun berblog.. aku bukan mahu menagih simpati cuma mahu meluahkan apa yang terbuku di hati.. macam mana nak buat ni????? hu..hu..hu..hu.. honestly.. aku memang sedih sangat!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday, October 13, 2009






award dan tag ni aku dapat dari puan LADY OF LEISURE lagi... aku suka sangat bila dapat award n tag coz rasa ramai juga blogger buddy aku ek (perasan)..
ok.. sebelum nak amik award ni.. ada rules yg perlu di patuhi..;

*BUAT POSTING TENTANG AWARD NI
dah buat..

*LINKKAN PEMBERI AWARD DI ENTRY ITU
dah buat juga...

*COPY PASTE IMAGE DIATAS
pun dah buat juga..

*SEBELUM AMBIL JANGAN LUPA TINGGALKAN KOMENTAR DI ENTRY INI
awal2 dah buat

*AKU NAK PANJANGKAN TAG NI KEPADA

BRO EPI
SIS HASRISA
UMMU MASYITAH
SIS MIEZA
NORITA
dan semualah yg belum buat lagi..



Monday, October 12, 2009

here are some tips on how to discipline your kids so they will respond in a positive way:

1) GIVE INFORMATION AND REASONS
if your kids colours on the walls, explain why colouring should be done on paper only.

2)LOOK AT UNDERLYING FEELINGS
if your kids hits his baby sitter,encourage him to tell you why he is upset, and teach him to express his anger and jealousy in harmless ways.

3)CHANGE THE ENVIRONMENT
if your kid repeatedly takes things out of the kitchen cupboards, put child-proof locks on them.

4)FIND ACCEPTABLE ALTERNATIVES AND REDIRECT YOUR KIDS BEHAVIOUR
if you do not want your kid to build a fort in the dining room, show him where he can build one.

5)GIVE CHOICE RATHER THAN COMMANDS
decision making empowers and involves your kid; commands can start a power struggle and rebellion. try; 'would you like to brush your teeth before or after putting your pyjamas on?'

6)MAKE SMALL CONCESSIONS
'i'll let you skip putting your toys away tonight because you are so tired.'

7)ALWAYS PREPARE YOUR KID IN ADVANCE
if you are counting on company for dinner, tell your kid how you expect him to behave. be specific. role-playing can help prepare for potentially difficult situations.

8)MAKE A DEAL, NEGOTIATE
if you're ready to leave the playground and yor kids is having fun, reach an agreement on the number of times he may go down the slide before leaving.


source; sustafriends magazine(susta club) vol3/2009

;;