MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 31, 2010

FINALLY... IM BACK!!!



salam semua... kalau kata tak rindu.. memanglah aku tipu hik..hik..hik.. sebab aku memang rindu sangat kat blog yang dah lama bersawang2 neh..walaupun sebenarnya dah beberapa kali cuba ku update.. tapi hanya sekerat jalan.. sebabnya bila nak publish je entry tiba2 keluar error pulak.. ho...ho.. sungguh menspoilkan mood ku untuk meneruskannya.. tapi kali ni aku nekad untuk terus cuba mempublishkan entry ku ini.. dan nampaknya ia telah berhasil.. muahhahahha..(ku katakan berhasil sebab kalian dapat membaca entry ni kan??hehehehhe)


sepanjang aku berdiam diri dari dunia blog, actually banyak perkara yang nak ku kongsikan.... heeee banyak sangatlah.. tapi macam tidak kesampaian je.. mungkin sebab masa yang tidak mengizinkan.. kui..kui..kui..(erk walaupun alasan sebenar ialah.." aku malas.." muahahha.) tapi aku rasa terharu sangat walaupun blog ini dah macam gua tinggal.. masih ada yang sudi memfollow.. huk..huk..huk.. terima kasih yang tak terhingga buat kalian yang sudi menjadi follower ye.. 


akhir2 ini aku tidak berapa sihat.. asyik terlantar di atas katil.. jangan terkejut ye semua kerana merahsiakan dari kalian.. aku sebenarnya sakit terkena buatan orang.. dan orang itu pula adalah en suami ku sendiri... ekekkeke... yes... double D will become triple D.. im a preggy mommy now!!! itulah yang aku dan suami harap2kan.. orang baru dalam keluarga kami.. yang paling best.. ianya percubaan pertama kami setelah membuka iud.. alhamdulillah.. syukur yang tak terhingga.. memang kalau boleh kami mengharapkan seorang heroin untuk menjadi penyeri di dalam keluarga ini.. tapi andai kata sebaliknya kami tetap rasa bersyukur dan menerima dengan redha..


doakan agar aku dipermudahkan sepanjang kehamilan kali ini ye.. doa2 dari kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..

Monday, April 5, 2010

TAG:PHOTO

sekarang aku memang tengah rajin nak buat tag.. lebih2 lagi tag yang simple dari my dear friend LADY OF LEISURE.. ni, dgn pantas aku siapkan tag ni.. dan rules untuk tag ni ialah:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

mari kita tengok photo mana yang kena....


gambar ini ialah gambar bunga yang pertama aku snap dari kamera kesayangan ku tu.. diambil sewaktu aku pergi bermandi manda di Desa Waterpark last february.. waktu tu orang semua sibuk mandi.. aku pula sibuk ambil gambar...:D

ok aku nak tag juga 8 org yang ada dalam list dibawah..
-ROSMA
-AMYNA
-MUMYALYA
-NAIMATUL HAFIZAH
-L@N@
-MAMAMIERA
-NUYUE
-SIS ENA

SIAPA2 YANG DAH KENA TAG TU , RAJIN2 BUAT HOMEWORK YE..


Saturday, April 3, 2010

See full size image

 INGIN BERKONGSI, RENUNG2KAN... SESUNGGUHNYA MATI ITU ADALAH BENAR..

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahu alam.


Friday, April 2, 2010

BER'UZLAH LAH...

ber'uzlah membawa maksud mengasingkan diri yang diajarkan syariat dan sunnah Rasul adalah dengan menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang2 yang banyak waktu kosongnya, orang2 yang lalai dan orang2 yang senang membuat huru hara. dengan begitu jiwa akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran selalu jernih dan anda akan rasa leluasa dan bahagia berada di taman2 ilmu pengetahuan..
yang dimaksudkan dengan 'uzlah disini adalah dengan ber'uzlah dari segala bentuk kejahatan, dan keharusan yang berlebihan. ber'uzlah seperti ini akan membuat dada menjadi lapang dan mengikis semua kesedihan.
mengasingkan diri('uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah diuji dan dibuktikan kemujaraban oleh para ahli pengubatan hati. banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia2. di antaranya adalah ; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran, menjalankan semua hal yang sesuai dgn kaedah "takut kepada ALLAH " dan juga menghadiri majlis2 pertaubatan dan zikir.
ibnu Taimiyyah mengatakan:"tidak dapat tidak seseorang hamba itu harus ber'uzlah untk beribadah kepada ALLAH , berzikir kepadaNYA, membaca ayat2NYA, melakukan muhasabah terhadap dirinya, berdoa kepadaNYA, memohon keampunanNYA, menjauhkan diri dari kejahatan, dan sebagainya."
Ibnu Al-Jauzi telah menuliskan tiga fasal tentang 'uzlah didalam bukunya Shaidul Kathir, yang ringkasannya demikian:" saya tidak melihat dan mendengar manfaat yang lebh besar daripada 'uzlah kerana 'uzlah adalah sebuah ketenangan, sebuah keagungan, sebuah kemuliaan, sebuah tindakan untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan keburukan, salah satu cara untuk menjaga kehormatan dan waktu, sebuah cara untuk menjaga usia, sebuah tindakan untuk menjauhkan diri dari orang2 yang mendengki, yang suka mengusik dan mencela, sebuah renungan tentang akhirat, sebuah persediaan untuk bertemu ALLAH, meraih ketaatan, membawa fikiran pada hal2 yang bermanfaat, mengeluarkan kandungan hikmah yang terpendam dan mengambil hukum dari nash2 anda."
'uzlah itu terdapat sebuah kemuliaan yang hanya diketahui oleh ALLAH sahaja. dalam ber'uzlah terjadi pengembangan daya berfikir, pencapaian pada sebuah hasil pemikiran, penenangan kalbu, menggapai keselamatan harga diri, mendapat limpahan pahala, mencegah diri dari kemungkaran, meraih segala ketaatan, ada waktu untuk mengingat Sang Maha Pengasih, menjauhkan diri dari glamour dunia yang menyilaukan, menjauhkan diri dari segala fitnah, ada usaha untuk menjauh dari kepungan musuh, ada kesempatan untuk tidak mencela orang lain, ada pemenuhan hak2, ada kesempatan untuk sembunyi dari orang yang sombong, dan ada kesempatan untuk bersabar terhadap orang yang bodoh.
dalam 'uzlah juga terdapat tabir untuk menutup aurat: yakni aurat lisan, kesalahn melangkah, penyimpangan fikiran, dan kecenderungan jiwa yang jahat. 'uzlah merupakan hijab yang melindungi nilai kebaikan dan mutiara2 keutamaan dan moral. 'uzlah yang terbaik adalah dengan banyak membaca buku. 'uzlah juga dapat menambah usia, menambahkan kelonggaran bagi ajal, meningkatkan daya konsentrasi, mengembara menuju ketaatan, dan memperdalam kan renungan. di dalam 'uzlah anda akan mempunyai banyak waktu untuk merenung, menghayati, bertafakur dan bertadabbur.
ketika ber'uzlah anda akan dapat menyelami makna2, menangkap butiran2 nilai, merenungkan tujuan2 hidup, dan membangunkan cara berpandangan dan pemikiran.pada saat ber'uzlah roh berada dalam kegembiraan, hati berada dalam kebahagiaan terbesar, dan nurani penuh dengan sesuatu yang bermanfaat. jangan riak pada waktu bar'uzlah, sebab itu tiada yang melihat anda kecuali ALLAH. dan jangan perdengarkan percakapan anda kepada sesama manusia; sebab yang melihat hanya Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
setiap orang yang cerdas dan kreatif, para tokoh sejarah, orang yang kuat, orang yang telah mewarnai sejarah dan orang yang menjadi ikutan, mereka semua menyirami tanaman kemuliaan mereka denga air 'uzlah hingga mereka boleh berdiri tegak. selanjutnya tumbuhlah pohon keagungan mereka dan menghasilkan buahnya yang dapat dipetik setiap saat dengan izin Rabbnya.


Tuesday, March 30, 2010



Ini ada artikel menarik mengenai sejarah April Fool yang disambut di Barat terutamanya. Berhati2lah…kerana tujuan sambutan April Fool adalah bukan sekadar bersuka ria…

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

source;NASHRIZA WORDPRESS

tag ni pula datangnya dari puan AMYNA.. beliau sengaja mengetag aku supaya aku rajin2 sikit update blog.. so aku pun dengan bangganya nak tunjuk rajinlah depan beliau dgn buat tag ni.. ekkeke..
jom layan...

1)ADAKAH ANDA MERASA ANDA HOT??
ye kot.. sebab kadang2 aku layan gak HOT FM.. wakkakakk.

2)UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA GUNA SEKARANG??

3)CERITA PASAL GAMBAR INI?
rasanya tak payah cerita lagi kot.. semua orang tau, inilah dia pengarang jantung ku.. ekke..

4)KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA??
last month.. pizza memang peberet ku..

5)LAGU TERAKHIR AKU DENGAR??
amylea; aku sindarela..

6)APA ANDA BUAT SAMBIL MENYELESAIKAN TAG NI??
layan cerita sindarela kat tv3..

7)SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL NAMA APA?
mummy .. anak2 ku yg panggil.. dear.. en somi ku panggil..

8)TAG LAGI 5 ORANG SIAPA YANG ANDA NAK TAG..
IDAYU
SIS FISA
FATIHAH
EYTA(HOT MAMA)
SUE 79

9)SIAPA ORANG NOMBOR 1 BAGI ANDA?
schoolmate ku masa sek men.. kitorang selalu main netball sama2.. rindu sangat kat dia..
aku baru je berjejak kasih dgn beliau di FB..

10)KATAKAN SESUATU PADA ORANG NO 5?
sue.. kamu adalah seorang yang tabah .. :)

11)NOMBOR 3 ADA HUBUNGAN DGN SIAPA?
aku panggil juga dgn nama mamamyra.. isteri kepada en mustaffa.

12)KATA2 CINTA UNTUK ORANG NOMBOR 4?
semoga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan hingga keakhir hayat..

13)BERIKAN 5 YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG TAG ANDA?
-isteri kepada mrA..
-sdg berusaha untuk mendapat cahayamata..
-bagiku seorang sahabat yg baik..
-tinggal jauh diseberang laut cina selatan..
-rakan ku diFB juga..



AWARD OH AWARD..

semenjak aku berdiam ni banyak pula award yang aku dapat dari geng2 blogger. untuk tidak menghampakan mereka2 yg sudi bagi award ni aku dengan rajinnya pun collectlah semua award yang aku dapat.. ok award pertama datangnya dari LADY OF LEISURE, SIS FISA & EYTA(HOTMAMA).. terima kasih untuk kalian semua, kerana still sudi beri award walaupun aku dah lama menyepi..



1) Thank and link the person that give you the award:
sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada yg memberi award ni..

2) Pass this award on to 20 Bloggers you've recently discovered and think are fantastic:
rasanya ramai yang dah dapart award ni so pada siapa yang belum dapat lagi tu.. sudi2lah ambik ye..:)




1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
allrite.. award yang kedua ni agak membanggakan aku yang dah bergelar ibu.. ekeke.. tak semua org boleh dapat tau.. ekekke.. award kali ni juga datangnya dari LADY OF LEISURE & SIS FISA.. terima kasih yang tak terhingga..

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:



NAME: MUHAMMAD DANIESH CHIA
DOB: 30 MAY 2006


NAME: MUHAMMAD DANIEY CHIA
DOB: 20 NOV 2007

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:
dalam usaha untuk preggy.. so nanti dah preggy baru le aku letak k..

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:
aku panjangkan award ni pada semua hot2 mama yang menjadi follower dan pembaca blog ku ni.. korang mesti rasa bangga tau..



Sunday, March 21, 2010

BAIK DIAM

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,
takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,
menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,
supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau "
diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

HARAP TERJAWAB SEMUA PERSOALAN KEPADA KORANG SEMUA KENAPA AKU MEMILIH UNTUK MENDIAMKAN DIRI..

Saturday, March 20, 2010

AWARD AND TAG...

hari ni nak settle semua hutang tag dan collect award dari kengkawan semua.. kita mula dengan award lah dulu ye.. award ni kelly dapat dari MUMYALYA, UMISOFIE, FATIHAH, SUE79&IDASZ ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk semua pemberi award ni coz masih sudi beri award ni pada kelly.. hope puas hati dgn jawapan yang diberikan..

~BEUTIFUL BLOGGER AWARD~


Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.

orait.. will start with 7 things about me..

- double D mummy's..
- like britney spears very much..
- lately, lebih suka mendiamkan diri.. bukan untuk bersembunyi tapi untuk bermuhasabah diri.
- suka belajar sesuatu..
- sentiasa berusaha untuk jadi seorang yang lebih baik dan positive..
- love DANIEL CHIA forever..
- also love all my bloggers buddy..:)

rasanya ramai yang dah dapat award ni.. so, siapa2 yg belum dapat award ni sudi2 lah ambil ye..

ok.. kita pergi kepada tag yang datang dari LADY OF LEISURE, MUMYALYA, UMISOFIE..

Tapi tag ni ada cara nak jawab: Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

~TAG 10~



Siapakah diri anda di rumah?
mummy kepada DANIESH dan DANIEY.. isteri yang setia kepada sang suami...:)

Siapakah diri anda disamping rakan?
rasanya aku sendiri tak ada jawapan untuk soalan ni.. kerana aku tak pandai menilai diri sendiri.. kengkawan ku, siapakah aku disamping korang semua? (org tanya dia, dia tanya org balik.. boleh? wakakakkak..)

5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
menunaikan haji bersama keluarga tersayang.. insyaallah
itu saja rasanya..

Siapakah nama pasangan anda?
MUHAMMAD DANIEL CHIA @ DANIEL CHIA AIK HUAT.

Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
seorang yang kacak.. suka memberi kejutan.. sangat prihatin.. penyayang..pintar..:)

Bila tarikh anda couple?
12 jamadilakhir 1425

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
bila bekas kekasih merayu nak ajak kahwin..

Lagu tema cinta anda?
aku cinta aku rindu - nurul dan ajai.

Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
mmmm.. tak ada kot.. kerana dia adalah yang terbaik bagi saya..

Tag 10 rakan ada yang lain
semua yang belum buat lagi tag ni..( seksa ku dah habis... ekekke)

~UNTUK SEMUA.. ANDAI AKU HILANG DIMATA.. INGAT, KALIAN TETAP BERSEMADI DI HATI..
NAK MEMBAWA DIRI JAUH DARI ALAM MAYA NI.. SAJA NAK LOW PROFILE KEJAP~



Thursday, March 18, 2010

he..he..he.. actually rindu giler kat blog yang dah lama kutinggalkan ni.. dah bersawang2 gamaknya..:P bukan tak ada aktiviti.. tapi entah kenapa lebih suka mendiamkan diri untuk seketika waktu.. biasa lah bila kita berblog ni, ada masa penuh semangat nak mengupdate.. ada masa pula sebaliknya.. adakah aku seorang yang cepat bosan dengan sesuatu????
entry kali ni aku sertakan sekali gambar hero2 ku.. harap terubatlah kepada yang merindu... ekekkeke..







KERNA ADA KALA, SEPI ITU INDAH BAGIKU.....



Thursday, February 18, 2010


hope belum terlambat aku nak wish Happy Chinese New Year pada semua yang menyambutnya.. actually rindu sangat nak berblog, berRH dan berFB seperti biasa, tapi apa kan daya.. masa sangat mencemburui aku.. cewah.... banyak benda yang aku nak share tapi masih belum berkesempatan lagi.. tengoklah aku buat entry ni pun malam2 buta.. time orang semua dah tidur.. terpaksa curi2 masa.. almaklumlah aku masih dalam mode BERAYA ekekke.. bz collect angpow anak2 le..

jom tengok gelagat anak2 ku bila dapat angpow..











ada siapa2 rindu kat aku tak??? wakakka..
dun worry.. ill be back ASAP.. bye...:)


Wednesday, February 10, 2010

READY FOR LOVE..


...READY FOR LOVE...
I am ready for love
Why are you hiding from me
I'd quickly give my freedom
To be held in your captivity

I am ready for love
All of the joy and the pain
And all the time that it takes
Just to stay in your good grace
Lately I've been thinking
Maybe you're not ready for me
Maybe you think I need to learn maturity
They say watch what you ask for
Cause you might receive
But if you ask me tomorrow
I'll say the same thing

I am ready for love
Would you please lend me your ear?
I promise I won't complain
I just need you to acknowledge I am here

If you give me half a chance
I'll prove this to you
I will be patient, kind, faithful and true
To a man who loves music
A man who loves art
Respects the spirit world
And thinks with his heart

I am ready for love
If you'll take me in your hands
I will learn what you teach
And do the best that I can

I am ready for love
Here with an offering of
My voice
My Eyes
My soul
My mind

Tell me what is enough
To prove I am ready for love

I am ready


~INDIA.ARIE~

Sunday, February 7, 2010

PORT KLANG...

malam semalam aku pergi lepak port klang.. actually motive sebenar aku ke sana.. aku nak cuba belajar ambil gambar pada waktu malam...fuh.. tak semudah yang ku sangka..:p kat bawah ni aku sertakan hasil tangkapan ku semalam... bukan tangkap ikan tau.. tapi gambar.. ekkeke.. jom layan..







inilah gambar2 terbaik (dimata aku :p).. yang dapat aku snap semalam... sekarang ni aku tgh belajar macam mana nak compose gambar.. nak share juga gambar 'bokeh' pertama yang berjaya aku snap..


sesungguhnya aku lah budak baru belajar....:)

ardiozzzz...




Saturday, February 6, 2010



hari ini sebelum kita mengatakan kata2 yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata2 sama sekali..

kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan..

sebelum kita mengeluh tidak punya apa2 fikirkan seseorang yang meminta2 di jalanan..

sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk dalam hidunya..

sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup..

hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang telah meninggal dunia terlalu cepat , tanpa di duga..

sebelum kita mengeluh tentang anak2 kita, fikirkan tentang seseorang yang sangat inginkan anak tetapi tidak juga berhasil..

sebelum kita mengeluh tentang rumah kita yang kecil dan tidak selesa, fikirkan tentang mereka yang tidak berumah dan tinggal dipinggiran jalan..

dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang2 cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita..

sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang sempurna dan tidak berdosa..

dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada ALLAH bahawa kita masih hidup..

marilah kita bersyukur atas nikmat dan kurniaan yang ALLAH berikan kepada kita..
usia kita semakin menyosot kita ke penghujungnya. masa kita kian suntuk. ingatlah kematian sentiasa menunggu kita.. tetapi kenapa masih jua bertangguh untuk menuju keampunan Tuhan dan syurgaNya??

(PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA)


ARTIKEL OLEH-MOHD FAIZAL ZAKARIA(uknows_15032yahoo.com.my)

Thursday, February 4, 2010



contest..contest..contest.. aku dah berjangkit dgn NUYUE tengah demam bercontest.. hik..hik..hik.. tadi jalan2 blog kengkawan.. sekali ternampak contest ni(balik2 dialog ni .. takde dialog lain ke? muahahhah..)contest yang dianjurkan oleh PRETTY ZAZA ni macam best je.. bila aku tgk tarikh tutup nya yang akan berakhir pada 5 february.. kira sempat lagi lah kan.. so tanpa membuang masa aku sertakan syarat2 penyertaan di bawah ni ye..

Apa yang perlu dibuat:


* Buat ENTRY di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambar anak anda berposing manja cam contoh gambar kat banner contest di atas tu..
( HEHEH.. Tak MANJA pun TAKPE la, janji muka baby!! CAMNER posing pun, tetap nampak COMEL! )

* Anak anda boleh berposing di mana-mana saja .. tetapi, sila CLOSE UP bahagian MUKA saja tau!!
( Kata, "BABY FACE" contest ?.. Mesti la kena fokus kat muka kan?!!)


TERMA DAN SYARAT :


1) Terbuka kepada semua pem'blog'2 yang ada
2) Add blog ni dalam blog list anda ( sesiapa yang belum jadi follower.. )
3) Letak banner contest di sidebar blog anda dan banner mestilah di'link'kan terus pada ENTRY Ni
4) Umur anak-anak anda mestilah dari 1 hari hingga 6 tahun.
5) Letak gambar anak anda beserta nama, umur dan jantina.
( Secara otomatiknya anak anda akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu, BABY BOY & BABY GIRL mengikut jantina mereka)
6) Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya saya boleh menjengah N3 anda (bagi link untuk entry tu sekali..)
7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kecomelan masing-masing dan gaya posing yang menarik hati.
8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Febuari 2010 tepat-tepat pada pukul 12.00 tengah malam.
9) Top 10 bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada 10 Febuari 2010
10) Top 5 pada 15 Febuari 2010 dan pemenang akan diumumkan pada 20 Febuari 2010.

kalau contest yang lepas aku participated kan si tete.. kali ni bagi chance si koko pula yang participate k..




NAMA: MUHAMMAD DANIESH CHIA BIN MUHAMMAD DANIEL CHIA
UMUR: 3 TAHUN 9 BULAN
JANTINA: LELAKI



Wednesday, February 3, 2010

14 FEBRUARY...


apakah makna 14 february bagi korang semua..makna 14 february bagi aku setiap tahun ialah.. hari lahir ayahanda tercinta.. dan pada tahun ini pula 14 february jatuh pada hari perayaan Tahun Baru Cina.. disebabkan suamiku berbangsa cina so kenalah aku sambut sekali ekkeke.. dan seperti yang kita sedia maklum, 14 february adalah sambutan HARI VALENTINE.. biasanya dimengertikan sebagai hari pasangan kekasih.. biasanya pada HARI VALENTINE.. ramailah yang akan menjual bunga di merata tempat.. dan kadar harga bunga juga akan bertambah mahal... dan ramailah pasangan yang akan bercintan cintun pada hari tersebut.. tapi betulkah HARI VALENTINE itu sebenarnya hanya sekadar hari untuk pasangan kekasih? entry kali ni aku nak share sesuatu dgn korang.. info ni aku dapat dari seorang kawan di FB semoga menjadi renungan untuk kita bersama...

"HARI VALENTINE mengikut sejarah dtg dari zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar kristian Saint Valentine,beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 february(tarikh hari valentine) 270 masihi. kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella oleh itu, 14 feb disambut setiap thun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan islam di cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... "

so pada kawan2 ku semua.. fikir2kanlah ye...


Tuesday, February 2, 2010


actually this week aku memang busy sikit dgn kerja dan preparation untuk CNY.. kadang2 aku mmg online tapi bukan ada kat depan lappy pun.. ekekek.. dapat jeling2 manja je sekejap..
semalam masa aku sibuk pergi shopping ... hubby ku tiba2 mencuit2 aku sambil cakap..' budak kecik tu hisap rokok lah..' aku pun tengok le... tapi still rasa tak puas hati, aku pun pergi kat kiosk sebelah budak tu berdiri... memang betul lah budak dalam lingkungan umur 8,9 tahun.. tengah syahdu menyedut rokok tu sambil terbatuk2... sebelah budak tu ada berdiri seorang perempuan.. aku fikir mungkin perempuan tu pun tak ambil port agaknya.. sebab tu muka dia pun slumber je..
tapi paling mengejutkan aku tiba2 budak tu panggil perempuan tadi..'MAK... MAK....' buat aku terkedu juga.. rupanya perempuan yang berdiri disebelah budak lelaki tadi adalah mak beliau.. aku terus angkat kaki blah.. adik lelaki aku baru terfikir nak sound budak tu, pasal kecik2 dah pandai hisap rokok.. tapi tak jadi teruskan niat baik nya tu... takut nanti mak budak tu pulak yang melantun.. tapi ku sedih lah bila tengok fenomena macam tu.. mungkin fenomena tu biasa bagi orang lain.. tapi tidak bagi aku.. dalam hal macam ni, siapa yang harus dipersalahkan.. budak kecik yang hisap rokok tu ke?? atau perempuan yang dipanggil mak oleh budak tu..?atau komuniti sekeliling yang kurang keprihatinannya?? apa lah nasib anak bangsa kita esok.. kan..:(


Monday, February 1, 2010

"Cutest Baby with Blanket Contest"


hope aku tak terlambat nak join contest ni coz tarikh tutupnya akan berakhir hari esok.. pada kawan2 yang nak join contest ni.. meh cepat2 join sebelum terlambat ye.. syarat2 penyertaan dan hadiah2nya seperti dibawah..

This time it's brought to you by MOBS & Kedai Gambar Kami

Here's the simple rules...
1. Be a follower of MOBS & Kedai Gambar Kami
2. Add both blogs to your blogroll list MOBS & Kedai Gambar Kami
3. Blog about this contest with the title
"MOBS & Kedai Gambar Kami : Cutest Baby with Blanket Contest"
4. Choose a pic of your baby (0-3yrs) with the above theme ... with blanket la ... hehehe. Don't forget to add Baby Name, Age at picture and Current age and tell us a bit about your baby.
NEW NOTE : Contest Picture should not more than 1 year ago.. ok?
5. Add the contest banner to your blog sidebar with link back to this contest.
http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2010/01/mobs-kedai-gambar-kami-cutest-baby-with.html
6. Leave your blog link entry + email here :)
7. That's it... simple right??


Now... the best part...

MAIN PRIZES
RM40 voucher from Kedai Gambar Kami x 3 winners

Consolation PRIZES
RM20 voucher from Kedai Gambar Kami x 5 winners

... that's 8 winners in total.
So join now ok?

Contest Deadline : 2nd of Feb 2010


dan gambarnya ialah..

~NAMA:MUHAMMAD DANIEY CHIA BIN MUHAMMAD DANIEL CHIA~
~UMUR:2 TAHUN~
~UMUR DALAM GAMBAR: 1 TAHUN 3 BULAN~
seorang yang sangat berdikari dan garang tapi kurang menangis..
he..he..he..


;;