MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Saturday, February 6, 2010



hari ini sebelum kita mengatakan kata2 yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata2 sama sekali..

kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan..

sebelum kita mengeluh tidak punya apa2 fikirkan seseorang yang meminta2 di jalanan..

sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk dalam hidunya..

sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup..

hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang telah meninggal dunia terlalu cepat , tanpa di duga..

sebelum kita mengeluh tentang anak2 kita, fikirkan tentang seseorang yang sangat inginkan anak tetapi tidak juga berhasil..

sebelum kita mengeluh tentang rumah kita yang kecil dan tidak selesa, fikirkan tentang mereka yang tidak berumah dan tinggal dipinggiran jalan..

dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang2 cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita..

sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang sempurna dan tidak berdosa..

dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada ALLAH bahawa kita masih hidup..

marilah kita bersyukur atas nikmat dan kurniaan yang ALLAH berikan kepada kita..
usia kita semakin menyosot kita ke penghujungnya. masa kita kian suntuk. ingatlah kematian sentiasa menunggu kita.. tetapi kenapa masih jua bertangguh untuk menuju keampunan Tuhan dan syurgaNya??

(PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA)


ARTIKEL OLEH-MOHD FAIZAL ZAKARIA(uknows_15032yahoo.com.my)

19 Comments:

  1. Fatihah said...
    Betul tu kelly kalau baca entry mcm ni kita buat peringatan untuk diri sendiri..
    Ena said...
    Muhasabah diri nie.. :)
    KELLY910 said...
    This comment has been removed by the author.
    KELLY910 said...
    fatihah..
    betul tu fatihah.. sama2lah kita bermuhasabah yek..
    KELLY910 said...
    sis ena..
    betul tu sis..:)
    Naimatul Hafizah Nor Rodin said...
    alhamdulillah ,kelly...
    tiap kali bangun pagi sentiasalah tadah tangan mengucapkan syukur pada-Nya. terima kasih kelly atas peringatan ini.
    KELLY910 said...
    naimatul hafizah..
    semoga kita tergolong dikalangan orang yang bersyukur ye fiza..:)
    rosma said...
    ingatan utk diri sendiri..sentisa kene muhasabah diri..tq kelly..
    sue79 said...
    Ya Allah,
    Syukur kehadratMu kerana hingga hari ini hambamu ini masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi Mu ini.. Amin..
    KELLY910 said...
    rosma..
    welkem dear.. sama2 kita bermuhasabah..
    KELLY910 said...
    sue79..
    semoga kita sentiasa tergolong dikalangan umatNYA yang sentiasa bersyukur.. aminn..
    Lady of Leisure said...
    thanks for sharing kelly...
    betul juga kan... kita kene selalu bersyukur ke hadratNya..
    LiAnA said...
    kita sebagai manusia kena sentiasa rasa bersyukur... tp biasalah dah nama manusia mmg tak penah puas apa yg dia dpt..
    KELLY910 said...
    lady of leisure..
    sharing is caring kan..kan..kan..
    KELLY910 said...
    liana..
    betul tu liana.. manusia ni memnag susah nak rasa puas dengan apa yang ada..:(
    saSha a.K.a MumYalya said...
    nice..thanks for sharing :)
    KELLY910 said...
    sasha..
    welkem dear.. sharing is caring..
    epi said...
    muhasabah2..bile agaknye pintu hati ni nak terbukak kan..hurm...
    KELLY910 said...
    bro epi..
    insyaallah,, tak lama lagi tu..:)

Post a Comment