MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 30, 2010



Ini ada artikel menarik mengenai sejarah April Fool yang disambut di Barat terutamanya. Berhati2lah…kerana tujuan sambutan April Fool adalah bukan sekadar bersuka ria…

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

source;NASHRIZA WORDPRESS

12 Comments:

  1. Lady of Leisure said...
    thanks for sharing kelly.. :)
    KELLY910 said...
    lady of leisure..
    sharing is caring kan..:D
    fisa othman said...
    uhuksss teringat zaman sekolah dulu suka kena kan orang time April fool...sedeynyaaa time tu tak tau pasal makna d sebalik April fool...
    KELLY910 said...
    sis fisa..
    samalak kita..:P
    nak2 time sekolah kelly ni nakal sangat..memang tak pernah lepaskan peluang nak kenakan org bila april fool.. tapi bila dah tau apa kisah disebalik april fool ni, takdelah nak sibuk kenakan org lagi.. lagipun my personal opinion, org yg sambut april fool bukan terdiri dari org yang BIJAK ekekke..
    L@n@ said...
    tq kelly .. kalau x baca artikel nih lana x tahu pun ..
    KELLY910 said...
    lana..
    welkem dear..
    actually kelly tahu pun lepas baca artikel ni..:P
    nuyue said...
    ku pepagi buta dah terkena "april fool"

    thank kelly pasal artikel ni..kalau tak mmg ku xtahu
    KELLY910 said...
    nuyue..
    sama2 kasih..
    sharing is caring dear..
    qaseh mas said...
    Salam Kelly
    apa khabar?
    thanks for sharing
    siang tadi ada erm ada gak yang terkena april fool ni. :(
    Ellysse said...
    interesting!!

    Dah 26 years life ni, baru skang tau!!
    KELLY910 said...
    salam ummu..
    kelly sihat alhamdulillah..
    ummu pula sihat tak?
    mungkin masih ramai yang tak sedar kisah disebalik april fool ni agaknya..:(
    KELLY910 said...
    ellysse..
    samalah kita.. kelly tahu pun lepas baca artikel ni..:P

Post a Comment