MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 30, 2010



Ini ada artikel menarik mengenai sejarah April Fool yang disambut di Barat terutamanya. Berhati2lah…kerana tujuan sambutan April Fool adalah bukan sekadar bersuka ria…

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.
Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

source;NASHRIZA WORDPRESS

tag ni pula datangnya dari puan AMYNA.. beliau sengaja mengetag aku supaya aku rajin2 sikit update blog.. so aku pun dengan bangganya nak tunjuk rajinlah depan beliau dgn buat tag ni.. ekkeke..
jom layan...

1)ADAKAH ANDA MERASA ANDA HOT??
ye kot.. sebab kadang2 aku layan gak HOT FM.. wakkakakk.

2)UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA GUNA SEKARANG??

3)CERITA PASAL GAMBAR INI?
rasanya tak payah cerita lagi kot.. semua orang tau, inilah dia pengarang jantung ku.. ekke..

4)KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA??
last month.. pizza memang peberet ku..

5)LAGU TERAKHIR AKU DENGAR??
amylea; aku sindarela..

6)APA ANDA BUAT SAMBIL MENYELESAIKAN TAG NI??
layan cerita sindarela kat tv3..

7)SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL NAMA APA?
mummy .. anak2 ku yg panggil.. dear.. en somi ku panggil..

8)TAG LAGI 5 ORANG SIAPA YANG ANDA NAK TAG..
IDAYU
SIS FISA
FATIHAH
EYTA(HOT MAMA)
SUE 79

9)SIAPA ORANG NOMBOR 1 BAGI ANDA?
schoolmate ku masa sek men.. kitorang selalu main netball sama2.. rindu sangat kat dia..
aku baru je berjejak kasih dgn beliau di FB..

10)KATAKAN SESUATU PADA ORANG NO 5?
sue.. kamu adalah seorang yang tabah .. :)

11)NOMBOR 3 ADA HUBUNGAN DGN SIAPA?
aku panggil juga dgn nama mamamyra.. isteri kepada en mustaffa.

12)KATA2 CINTA UNTUK ORANG NOMBOR 4?
semoga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan hingga keakhir hayat..

13)BERIKAN 5 YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG TAG ANDA?
-isteri kepada mrA..
-sdg berusaha untuk mendapat cahayamata..
-bagiku seorang sahabat yg baik..
-tinggal jauh diseberang laut cina selatan..
-rakan ku diFB juga..



AWARD OH AWARD..

semenjak aku berdiam ni banyak pula award yang aku dapat dari geng2 blogger. untuk tidak menghampakan mereka2 yg sudi bagi award ni aku dengan rajinnya pun collectlah semua award yang aku dapat.. ok award pertama datangnya dari LADY OF LEISURE, SIS FISA & EYTA(HOTMAMA).. terima kasih untuk kalian semua, kerana still sudi beri award walaupun aku dah lama menyepi..



1) Thank and link the person that give you the award:
sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada yg memberi award ni..

2) Pass this award on to 20 Bloggers you've recently discovered and think are fantastic:
rasanya ramai yang dah dapart award ni so pada siapa yang belum dapat lagi tu.. sudi2lah ambik ye..:)




1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
allrite.. award yang kedua ni agak membanggakan aku yang dah bergelar ibu.. ekeke.. tak semua org boleh dapat tau.. ekekke.. award kali ni juga datangnya dari LADY OF LEISURE & SIS FISA.. terima kasih yang tak terhingga..

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:



NAME: MUHAMMAD DANIESH CHIA
DOB: 30 MAY 2006


NAME: MUHAMMAD DANIEY CHIA
DOB: 20 NOV 2007

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:
dalam usaha untuk preggy.. so nanti dah preggy baru le aku letak k..

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:
aku panjangkan award ni pada semua hot2 mama yang menjadi follower dan pembaca blog ku ni.. korang mesti rasa bangga tau..



Sunday, March 21, 2010

BAIK DIAM

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,
takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,
menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,
supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,
Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau "
diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

HARAP TERJAWAB SEMUA PERSOALAN KEPADA KORANG SEMUA KENAPA AKU MEMILIH UNTUK MENDIAMKAN DIRI..

Saturday, March 20, 2010

AWARD AND TAG...

hari ni nak settle semua hutang tag dan collect award dari kengkawan semua.. kita mula dengan award lah dulu ye.. award ni kelly dapat dari MUMYALYA, UMISOFIE, FATIHAH, SUE79&IDASZ ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk semua pemberi award ni coz masih sudi beri award ni pada kelly.. hope puas hati dgn jawapan yang diberikan..

~BEUTIFUL BLOGGER AWARD~


Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.

orait.. will start with 7 things about me..

- double D mummy's..
- like britney spears very much..
- lately, lebih suka mendiamkan diri.. bukan untuk bersembunyi tapi untuk bermuhasabah diri.
- suka belajar sesuatu..
- sentiasa berusaha untuk jadi seorang yang lebih baik dan positive..
- love DANIEL CHIA forever..
- also love all my bloggers buddy..:)

rasanya ramai yang dah dapat award ni.. so, siapa2 yg belum dapat award ni sudi2 lah ambil ye..

ok.. kita pergi kepada tag yang datang dari LADY OF LEISURE, MUMYALYA, UMISOFIE..

Tapi tag ni ada cara nak jawab: Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

~TAG 10~



Siapakah diri anda di rumah?
mummy kepada DANIESH dan DANIEY.. isteri yang setia kepada sang suami...:)

Siapakah diri anda disamping rakan?
rasanya aku sendiri tak ada jawapan untuk soalan ni.. kerana aku tak pandai menilai diri sendiri.. kengkawan ku, siapakah aku disamping korang semua? (org tanya dia, dia tanya org balik.. boleh? wakakakkak..)

5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai.
menunaikan haji bersama keluarga tersayang.. insyaallah
itu saja rasanya..

Siapakah nama pasangan anda?
MUHAMMAD DANIEL CHIA @ DANIEL CHIA AIK HUAT.

Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
seorang yang kacak.. suka memberi kejutan.. sangat prihatin.. penyayang..pintar..:)

Bila tarikh anda couple?
12 jamadilakhir 1425

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
bila bekas kekasih merayu nak ajak kahwin..

Lagu tema cinta anda?
aku cinta aku rindu - nurul dan ajai.

Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
mmmm.. tak ada kot.. kerana dia adalah yang terbaik bagi saya..

Tag 10 rakan ada yang lain
semua yang belum buat lagi tag ni..( seksa ku dah habis... ekekke)

~UNTUK SEMUA.. ANDAI AKU HILANG DIMATA.. INGAT, KALIAN TETAP BERSEMADI DI HATI..
NAK MEMBAWA DIRI JAUH DARI ALAM MAYA NI.. SAJA NAK LOW PROFILE KEJAP~



Thursday, March 18, 2010

he..he..he.. actually rindu giler kat blog yang dah lama kutinggalkan ni.. dah bersawang2 gamaknya..:P bukan tak ada aktiviti.. tapi entah kenapa lebih suka mendiamkan diri untuk seketika waktu.. biasa lah bila kita berblog ni, ada masa penuh semangat nak mengupdate.. ada masa pula sebaliknya.. adakah aku seorang yang cepat bosan dengan sesuatu????
entry kali ni aku sertakan sekali gambar hero2 ku.. harap terubatlah kepada yang merindu... ekekkeke..







KERNA ADA KALA, SEPI ITU INDAH BAGIKU.....



;;