MY SUPPORTERS..

Related Posts with Thumbnails

Monday, April 5, 2010

TAG:PHOTO

sekarang aku memang tengah rajin nak buat tag.. lebih2 lagi tag yang simple dari my dear friend LADY OF LEISURE.. ni, dgn pantas aku siapkan tag ni.. dan rules untuk tag ni ialah:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

mari kita tengok photo mana yang kena....


gambar ini ialah gambar bunga yang pertama aku snap dari kamera kesayangan ku tu.. diambil sewaktu aku pergi bermandi manda di Desa Waterpark last february.. waktu tu orang semua sibuk mandi.. aku pula sibuk ambil gambar...:D

ok aku nak tag juga 8 org yang ada dalam list dibawah..
-ROSMA
-AMYNA
-MUMYALYA
-NAIMATUL HAFIZAH
-L@N@
-MAMAMIERA
-NUYUE
-SIS ENA

SIAPA2 YANG DAH KENA TAG TU , RAJIN2 BUAT HOMEWORK YE..


Saturday, April 3, 2010

See full size image

 INGIN BERKONGSI, RENUNG2KAN... SESUNGGUHNYA MATI ITU ADALAH BENAR..

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahu alam.


Friday, April 2, 2010

BER'UZLAH LAH...

ber'uzlah membawa maksud mengasingkan diri yang diajarkan syariat dan sunnah Rasul adalah dengan menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya, orang2 yang banyak waktu kosongnya, orang2 yang lalai dan orang2 yang senang membuat huru hara. dengan begitu jiwa akan selalu terkawal, hati menjadi tenang dan sejuk, fikiran selalu jernih dan anda akan rasa leluasa dan bahagia berada di taman2 ilmu pengetahuan..
yang dimaksudkan dengan 'uzlah disini adalah dengan ber'uzlah dari segala bentuk kejahatan, dan keharusan yang berlebihan. ber'uzlah seperti ini akan membuat dada menjadi lapang dan mengikis semua kesedihan.
mengasingkan diri('uzlah) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan merupakan ubat yang sudah diuji dan dibuktikan kemujaraban oleh para ahli pengubatan hati. banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia2. di antaranya adalah ; mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal fikiran, menjalankan semua hal yang sesuai dgn kaedah "takut kepada ALLAH " dan juga menghadiri majlis2 pertaubatan dan zikir.
ibnu Taimiyyah mengatakan:"tidak dapat tidak seseorang hamba itu harus ber'uzlah untk beribadah kepada ALLAH , berzikir kepadaNYA, membaca ayat2NYA, melakukan muhasabah terhadap dirinya, berdoa kepadaNYA, memohon keampunanNYA, menjauhkan diri dari kejahatan, dan sebagainya."
Ibnu Al-Jauzi telah menuliskan tiga fasal tentang 'uzlah didalam bukunya Shaidul Kathir, yang ringkasannya demikian:" saya tidak melihat dan mendengar manfaat yang lebh besar daripada 'uzlah kerana 'uzlah adalah sebuah ketenangan, sebuah keagungan, sebuah kemuliaan, sebuah tindakan untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan keburukan, salah satu cara untuk menjaga kehormatan dan waktu, sebuah cara untuk menjaga usia, sebuah tindakan untuk menjauhkan diri dari orang2 yang mendengki, yang suka mengusik dan mencela, sebuah renungan tentang akhirat, sebuah persediaan untuk bertemu ALLAH, meraih ketaatan, membawa fikiran pada hal2 yang bermanfaat, mengeluarkan kandungan hikmah yang terpendam dan mengambil hukum dari nash2 anda."
'uzlah itu terdapat sebuah kemuliaan yang hanya diketahui oleh ALLAH sahaja. dalam ber'uzlah terjadi pengembangan daya berfikir, pencapaian pada sebuah hasil pemikiran, penenangan kalbu, menggapai keselamatan harga diri, mendapat limpahan pahala, mencegah diri dari kemungkaran, meraih segala ketaatan, ada waktu untuk mengingat Sang Maha Pengasih, menjauhkan diri dari glamour dunia yang menyilaukan, menjauhkan diri dari segala fitnah, ada usaha untuk menjauh dari kepungan musuh, ada kesempatan untuk tidak mencela orang lain, ada pemenuhan hak2, ada kesempatan untuk sembunyi dari orang yang sombong, dan ada kesempatan untuk bersabar terhadap orang yang bodoh.
dalam 'uzlah juga terdapat tabir untuk menutup aurat: yakni aurat lisan, kesalahn melangkah, penyimpangan fikiran, dan kecenderungan jiwa yang jahat. 'uzlah merupakan hijab yang melindungi nilai kebaikan dan mutiara2 keutamaan dan moral. 'uzlah yang terbaik adalah dengan banyak membaca buku. 'uzlah juga dapat menambah usia, menambahkan kelonggaran bagi ajal, meningkatkan daya konsentrasi, mengembara menuju ketaatan, dan memperdalam kan renungan. di dalam 'uzlah anda akan mempunyai banyak waktu untuk merenung, menghayati, bertafakur dan bertadabbur.
ketika ber'uzlah anda akan dapat menyelami makna2, menangkap butiran2 nilai, merenungkan tujuan2 hidup, dan membangunkan cara berpandangan dan pemikiran.pada saat ber'uzlah roh berada dalam kegembiraan, hati berada dalam kebahagiaan terbesar, dan nurani penuh dengan sesuatu yang bermanfaat. jangan riak pada waktu bar'uzlah, sebab itu tiada yang melihat anda kecuali ALLAH. dan jangan perdengarkan percakapan anda kepada sesama manusia; sebab yang melihat hanya Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
setiap orang yang cerdas dan kreatif, para tokoh sejarah, orang yang kuat, orang yang telah mewarnai sejarah dan orang yang menjadi ikutan, mereka semua menyirami tanaman kemuliaan mereka denga air 'uzlah hingga mereka boleh berdiri tegak. selanjutnya tumbuhlah pohon keagungan mereka dan menghasilkan buahnya yang dapat dipetik setiap saat dengan izin Rabbnya.


;;